• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PABM Usaha Tepat Dalam Memartabat Bahasa Melayu

oleh AK-47
19/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERDANA Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pendidikan Tinggi atas penganjuran Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu kali ke-10 (PABM 2016) pada tahun ini.

Beliau menyifatkan PABM telah terbukti berjaya memartabatkan lagi bahasa kebangsaan di mata dunia.

Tanpa menafikan daya tahan Bahasa Melayu yang terus diucapkan zaman berzaman, Najib mengingatkan bahawa pembangunan teknologi mampu mencabar kebitaraan bahasa teras tersebut jika dibiarkan.

BERKAITAN: Tiada Tajuk, Peserta PABM 2016 Hanya Diberikan Tema Pidato

“Justeru, ia menuntut kesediaan kita untuk mengadaptasi, mengasimilasi dan menyeragamkan perubahan tersebut mengikut kepentingan semasa.

“Proses pembentukan peradaban adalah sesuatu yang normal kepada semua bahasa, malah dari satu sudut pandang, proses peradaban yang sebenarnya menyelamatkan bahasa dan menjadikan ia terus diterimapakai dalam konteks ketamadunan sesebuah bangsa,” ulas Najib dalam ucapan alu aluan bagi PABM 2016.

Peserta PABM 2015 dari luar Malaysia, ketika dibawa menyelami budaya Melayu tahun lepas. (Foto: RIZA RAZAK/MYNEWSHUB)
Antara peserta PABM 2015 dari luar Malaysia yang dibawa menyelami budaya Melayu, tahun lepas. – Foto RIZA RAZAK/MYNEWSHUB

Tambah beliau, prestasi Bahasa Melayu yang dilihat masih ampuh dalam era teknologi maklumat dan komunikasi tanpa sempadan hari ini merupakan sesuatu yang cukup membanggakan.

“Kita harus memanipulasi teknologi maklumat dan komunikasi untuk memastikan Bahasa Melayu kekal relevan. Segenap ruang yang ada harus disentuh dan setiap idea perlu diperkasa agar bahasa ini terus kekal terampil dan dinamik,” ujarnya.

Penganjuran PABM menurut Najib, merupakan satu gerakan yang tepat dalam memanipulasi kemajuan teknologi bagi mengantarabangsa bahasa Melayu. Bagaimanapun usaha lain juga harus dilipatgandakan bagi terus menjayakan objektif tersebut.

Najib turut berkongsi harapannya agar PABM terus menjadi pentas penting dalam mencungkil kebolehan dan kemahiran penutur bukan Melayu berpuitis bahasa, selain kekal sebagai satu pertandingan berprestij yang menjadi tumpuan utama di peringkat dunia. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

Tags: Bahasa MelayuNajib Tun RazakPABM 2016
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Ada Pemimpin Politik Tidak Guna Bahasa Melayu Di Media Sosial? 

Mengapa Ada Pemimpin Politik Tidak Guna Bahasa Melayu Di Media Sosial? 

21/02/2026
0

Mengapa Ada Pemimpin Politik Tidak Guna Bahasa Melayu Di Media Sosial?  Oleh Mynewshub Sebilangan pemimpin politik termasuk anggota Kabinet tidak...

Tuntutan Perlu Utamakan Bahasa Melayu – PM

Tuntutan Perlu Utamakan Bahasa Melayu – PM

12/12/2025
0

LANGKAWI: Perdana Menteri menjelaskan sebarang tuntutan yang menjurus kepada sensitiviti agama, bangsa dan kaum perlu mengambil kira kedudukan bahasa Melayu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd