• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suruhanjaya Tenaga Nafi Sokong ‘Kad Jimat Tenaga’

oleh Ahmad Albab
17/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Tenaga menafikan sokongan terhadap sebarang alat penjimatan tenaga termasuk dalam bentuk ‘Kad Jimat Tenaga’ yang mendakwa menjimatkan bil elektrik sehingga 35 peratus.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Suruhanjaya Tenaga berkata tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyalah guna logo Suruhanjaya Tenaga untuk menarik perhatian pengguna membeli produk itu melalui laman sosial amat dikesali.

Justeru, pihaknya menegaskan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan logo suruhanjaya berkenaan.

“Suruhanjaya Tenaga ingin mengingatkan cara yang paling berkesan untuk penjimatan tenaga elektrik adalah melalui penggunaan tenaga secara cekap.

“Sebagai panduan kepada pengguna domestik khususnya, kami memperkenalkan label cekap tenaga untuk beberapa kelengkapan elektrik domestik seperti peti sejuk, kipas, televisyen, pendingin hawa dan mentol lampu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Suruhanjaya Tenaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khidmat Penjimatan Oleh Sindiket, Taktik Curi Elektrik – ST

07/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Tenaga (ST) mengingatkan pengguna supaya berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penjimatan tenaga elektrik oleh sindiket, yang merupakan...

Tiada Kesilapan Dalam Kiraan Bil Elektrik

28/05/2020
0

IPOH - Kementerian Tenaga dan Sumber Asli menepis dakwaan berlaku kesilapan dalam kaedah pengiraan bil elektrik sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd