DEGIL dan hanya mementingkan diri sendiri…
Itu keadaan yang dapat digambarkan menerusi sebuah video, memaparkan sepasukan anggota bomba yang sedang dalam perjalanan untuk memberikan bantuan kepada mangsa kemalangan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Ia berpunca akibat pemandu kenderaan di lebuh raya yang mementingkan diri apabila menggunakan lorong kecemasan untuk mengelak kesesakan akibat kemalangan yang berlaku.
Sikap Pemandu Di Malaysia, Tahap Sangat… oleh mynewshub
Meskipun siren pada jentera dibunyikan dan arahan agar para pemandu memberikan laluan dilaung, ia tidak mampu mengubah situasi apabila jarak antara sebuah kenderaan dengan yang lain begitu rapat.
Rakaman berkenaan dimuat naik di laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi menunjukkan kepada orang ramai kesukaran yang dihadapi oleh bomba akibat kedegilan penguna lebuh raya yang menggunakan lorong kecemasan.
Seorang pengguna Facebook, Nurrafidah Dardiri menulis;
“Orang yang guna lorong kecemasan ni semuanya pentingkan diri sendiri dan jenis yang memang tak boleh sabar…orang lain beratur jem dalam panas terik tapi dia senang-senang lalu lorong kecemasan laju pulak tu…saya kalau naik lori memang masuk separuh jalan kat lorong kecemasan tu tak nak bagi kereta yang bangang ni potong.
“Biar mereka tersekat.. kadang-kadang tu sampai mereka honk nak suruh kita ke tepi…padahal mereka tu yang salah…kalau nampak bomba atau ambulance baru masuk lorong macam biasa…kadang-kadang kesian kat motor…sampai takde laluan nak lalu disebabkan driver-driver bangang yang guna lorong kecemasan sesuka hati,†katanya.
Semoga lebih ramai yang terbuka minda untuk menjadi lebih prihatin, tidak mementingkan diri dan menyusahkan orang lain bila berada di atas jalan raya selepas ini.
Ingat, bukan diri anda sahaja yang layak berasa selesa di situ, oleh itu sikap pentingkan diri sangat tidak wajar dilakukan. – MYNEWSHUB.CC

