• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lembaga Getah Mahu Penoreh Getah Terus Menoreh

oleh Ahmad Albab
17/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – “Lembaga Getah Malaysia (LGM) mahu penoreh getah terus menoreh getah walaupun harga komoditi itu jatuh,” kata Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Operasinya, Dr. Suarni Sumormo.

Beliau sedar ramai penoreh ketika ini sudah berhenti menoreh dan mahu beralih kepada industri pertanian yang lain, namun beliau berharap penoreh getah seboleh-bolehnya tetap terus menoreh, sekurang-kurangnya menjadikan aktiviti itu sebagai kerja sampingan.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas Program Taklimat dan Penerangan Mengenai Program Insentif Pengeluaran Getah (IPG) di sini semalam.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah Bahagian Ekonomi dan Pasaran Getah, Ang Chai Seng dan Pengarah LGM Kedah/Perlis dan Pulau Pinang, Rosnah Abdul Razak.

Kerajaan katanya prihatin nasib penoreh dan sudah menyediakan perancangan jangka panjang dan jangka pendek dalam usaha mengurangkan beban mereka.

“Malah akan datang kita juga ada lagi perancangan-perancangan baharu dari semasa ke semasa bagi melihat keperluan perlu dilakukan kerajaan bagi kurangkan beban mereka,” katanya.

Kerajaan juga katanya bersetuju menaikkan IPG dengan pengaktifan akan dilakukan jika harga purata bulanan SMR20 Percuma Ke atas Kapal (FOB) berada di paras RM5.50 sekilogram atau harga peringkat ladang berada di paras RM2.20 sekilogram ke bawah.

Selain itu, beliau berkata Malaysia mahu bersepakat dengan dua buah negara jiran iaitu Indonesia dan Thailand bagi menghasilkan 615,000 tan getah dalam tempoh enam bulan bermula bulan ini dalam usaha untuk menstabilkan kembali harga komoditi utama tiga negara itu di pasaran dunia. – BERNAMA

Tags: getahLGM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peneroka Bawa Tandan Sawit Protes Di Luar Parlimen

04/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Sekumpulan pekebun kecil dan peneroka Felda berhimpun di luar bangunan Parlimen hari ini mendakwa Kementerian Industri Utama...

Teresa Kok Dedahkan Kebaikan Kerajaan BN

04/01/2019
0

PETIKAN FB Datuk Seri Najib Tun Razak  Menteri Industri Utama, Teresa Kok juga tanya mengapa tanah Lembaga Getah Malaysia (LGM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd