• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel Rampas 579 Hektar Tanah Palestin

oleh Ahmad Albab
16/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Baitulmaqdis – Israel merampas sejumlah besar tanah di Tebing Barat yang dijajahnya, berhampiran Laut Mati dan bandar Jericho, lapor Radio Tentera rejim Zionis itu.

Peace Now, sebuah pergerakan Israel yang menjejaki dan menentang penempatan Israel di wilayah yang ditawan rejim berkenaan berkata, kawasan seluas 579 hektar itu adalah rampasan terbesar tanah Palestin di Tebing Barat sejak beberapa tahun kebelakangan.

Menurut kumpulan itu, rancangan meluaskan penempatan Yahudi di kawasan berhampiran dan membina bangunan pelancongan serta kemudahan komersial lain di kawasan itu sudah dirancang pihak berkuasa Israel.

Dalam kenyataannya, perunding Palestin, Saeb Erekat menggesa masyarakat antarabangsa mendesak Israel berhenti merampas tanah Palestin.

Kegiatan Israel membina penempatan Yahudi di tanah milik Palestin yang dijajahnya menjadi penghalang utama kepada rundingan damai selain turut menyebabkan keganasan meningkat.

Sejak Oktober lalu, Israel membunuh sekurang-kurangnya 184 penduduk Palestin.

Tentera rejim itu mendakwa, sebahagian mereka ditembak mati kerana menyerang dan membunuh rakyat Israel. – AFP/myMetro Online

Tags: IsraelPalestin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan tanggungjawab di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

AS Umum Sekat Selat Hormuz, Trump Ugut Blokade, Iran Dilabel ‘Peras Ugut Dunia’

AS Umum Sekat Selat Hormuz, Trump Ugut Blokade, Iran Dilabel ‘Peras Ugut Dunia’

12/04/2026
0

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump mencetuskan kebimbangan global selepas mengumumkan tindakan drastik untuk menyekat pergerakan kapal di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd