• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendakwaan Wartawan Australia ‘Dibatalkan’

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Berdasarkan perkembangan terkini, wartawan Australia Liston Besser dan Louie Eroglu tidak akan didakwa di mahkamah pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar berkata menerusi mesej khidmat pesanan ringkas pada lewat malam Isnin, kedua-dua wartawan berkenaan tidak akan ke mahkamah seperti yang dijadual sebelum ini.

“Tiada pendakwaan. Saya boleh beri kenyataan kemudian pada waktu pagi. Perlu mendapatkan fakta yang tepat terlebih dahulu,” katanya.

Dilaporkan sebelum ini bahawa wartawan dari Australian Broadcasting Channel (ABC) akan didakwa pada pukul 8.30 pagi di Mahkamah Majistret di Kuching.

Sebelum itu, Kumar berkata pendakwaan hanya akan diketahui apabila kedua-duanya dibawa ke mahkamah.

Besser, wartawan, dan Eroglu seorang jurukamera, dari program Four Corners, disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Mereka ditahan menjelang tengah malam pada Sabtu selepas cuba mengajukan soalan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang dalam lawatan rasmi ke Kampung Haji Baki di Kuching. – mStar Online

Tags: mahkamahwartawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd