• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden Gesel Kenderaan, Polis Melaka Cari Saksi

oleh Ahmad Albab
14/03/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis Melaka meminta individu atau kumpulan yang menyaksikan insiden lebih 15 kenderaan digesel kenderaan berat di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) berhadapan Stadium Hang Jebat malam tadi supaya tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata pihaknya juga sedang menunggu laporan polis yang dibuat pemilik kenderaan terlibat untuk tindakan lanjut.

“Kita anggarkan lebih 15 kenderaan terlibat dalam insiden ini yang diletakkan secara tiga lapis di tepi Lebuh SPA sehingga memasuki laluan jalan raya menyebabkan laluan menjadi sempit dan menyukarkan kenderaan berat terlibat melalui jalan itu sehingga merempuh kenderaan tersebut.

“Polis telah mengawal dan tidak membenarkan tuan punya kenderaan terlibat meletakkan kenderaan mereka di laluan utama itu namun mereka masih berdegil dan sanggup mengambil risiko,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian awal pagi tadi.

Bernama malam tadi melaporkan beberapa buah kereta yang diletakkan di bahu jalan rosak digesel kenderaan berat semasa pemilik kenderaan terlibat sedang menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Super antara Kelab Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Johor Darul Takzim (JDT) di stadium tersebut dan berkesudahan JDT menang 2-0.

Mengulas lanjut, Shaikh Abdul Adzis berkata tindakan meletakkan kenderaan sehingga mengganggu laluan trafik itu juga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang agak serius di kawasan berkenaan.

Beliau berkata berkata bilangan penonton yang datang di luar jangkaan iaitu kira-kira 30,000 orang dan situasi itu turut menyebabkan bilangan kenderaan meningkat daripada kebiasaan.

“Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 06 2842222,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata 30 anggota trafik ditugaskan mengawal lalu lintas manakala 432 orang pegawai dan anggota ditugaskan di dalam dan luar stadium bagi memastikan kelancaran sepanjang perlawanan antara PDRM dan JDT.

Katanya penonton dinasihatkan berkongsi kereta atau menaiki bas yang disewa untuk menyaksikan perlawanan bola sepak yang berlangsung di stadium berkenaan pada masa hadapan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Sementara itu, seorang pemilik kenderaan yang terlibat dalam insiden itu, Ahmad Razimi Mohd Taib, 22 dari Ayer Keroh berkata dia mengetahui insiden menimpa kereta Proton Perdana milik ayahnya itu sebaik keluar stadium kira-kira 11 malam tadi.

“Tak tahu nak cakap apa, benda dah jadi…keluar tengok bola dah macam ni. Serik dengan apa yang berlaku tapi tetap berbaloi sebab JDT menang. Lepas ni datang stadium tengok bola naik motor,” kata pelajar jurusan perniagaan UiTM Puncak Alam itu. – BERNAMA

Tags: Kenderaanpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd