• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah 4 Beranak Selamat Dikebumi Dalam Satu Liang Lahad

oleh Ahmad Albab
13/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Jenazah empat beranak yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 13 Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Jengka 6 di sini pukul 6.30 petang tadi.

Jenazah Norulaini Ab Ghani, 43, suaminya Raja Mohd Adnan Raja Hussain, 45, dan anak mereka Raja Nur A’iysah, 14, serta Raja Nur Anis Batrisya, 8, dikebumikan dalam satu liang lahad selepas disembahyangkan di Masjid Al-Wifaq di felda berkenaan.

Terdahulu, jenazah empat beranak itu tiba di masjid berkenaan pada pukul 5.15 petang dan disambut lebih 100 orang terdiri daripada anggota keluarga dan penduduk kampung.

Suasana pilu mula dirasai apabila ibu kepada Norulaini, Ruhani Mohammad, 63, mula menangis dan memanggil nama dua cucunya sebaik sahaja jenazah mereka dimasukkan ke dalam liang lahad.

Turut berada di tanah perkuburan itu ialah ibu kepada Raja Mohd Adnan, Tuan Fatimah Tuan Salleh, 62, yang tinggal di Machang, Kelantan.

Dalam kemalangan 2.15 petang itu, semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Perodua Alza yang dipandu Norulaini terbabas dan bertembung dengan van membawa barangan runcit.

Kemalangan itu mengakibatkan anak kedua pasangan itu, Raja Nur Alyaa Masturina, 13, yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan Kalsum, Kuala Kangsar di Perak patah kaki dan dirawat di Hospital Lipis.

Turut cedera ialah pemandu van Toyota Hiace, Wendi Hasby, 26.

Kemalangan itu berlaku semasa keluarga malang itu dalam perjalanan pulang bercuti ke kampung Norulaini dari Kuala Kangsar. – BERNAMA

Tags: jenazahkemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd