• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIHAS Bukti Komitmen M’sia Terajui Industri Halal Dunia

oleh Ahmad Albab
13/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Ekspo perdagangan halal terbesar dunia, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) merupakan bukti komitmen Malaysia untuk menjadi hab industri halal global dan seterusnya muncul sebagai pemacu utamanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Shapers Malaysia Sdn Bhd Datuk Mohd Shukri Abdullah berkata, edisi ke-13 MIHAS mulai 30 Mac hingga 2 April ini, akan disertai sebanyak 560 syarikat mewakili 28 buah negara.

Beliau yang mengasaskan ekspo perdagangan itu pada 2004, turut menjangkakan seramai 22,000 pelawat perdagangan daripada 63 buah negara akan hadir pada MIHAS 2016 berkenaan.

“MIHAS penting kerana ia membuktikan komitmen kita untuk menjadi hab kepada industri halal dunia dengan mewujudkan sebuah ‘market place’ (tempat pasaran). Kita kotakan janji untuk menjadi hab dunia.

“Kita juga ada ‘World Halal Summit’ (Sidang Kemuncak Halal), ‘World Halal Conference,’ (Persidangan Halal Sedunia) selain (diperkukuhkan) komponen-komponen lain seperti JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), Majlis Pembangunan Halal dan pelbagai lagi. Kita merupakan pembawa obor halal dunia,” katanya kepada Bernama, di sini, baru-baru ini.

Malah, kata Mohd Shukri, Malaysia juga merupakan negara tunggal dunia yang memiliki kesemua komponen terbabit untuk muncul sebagai pemimpin industri halal global.

Thailand yang akan mengambil 38 gerai pada MIHAS kali ini, pula berusaha menembusi pasaran negara terbabit menerusi penganjuran Halal Fiesta (HalFest) berkemungkinan pada tahun depan.

Shapers katanya, akan menganjurkan HalFest di Singapura pada Dis tahun ini.

Mengulas MIHAS kali ini, Mohd Shukri berkata, sama seperti tahun-tahun sebelumnya, sesi padanan perniagaan antara syarikat pengimport luar negara dengan syarikat halal tempatan akan turut diadakan.

Dalam tempoh dua hari sesi itu katanya, sebanyak 3,000 hingga 6,000 mesyuarat diadakan yang menghasilkan jualan lebih RM600 juta seperti diraih pada MIHAS tahun lepas.

“Ada empat kitaran perniagaan dalam setahun dan jualan keseluruhan itu mencecah RM2.4 bilion,” katanya yang menyifatkan MIHAS sebagai usaha kerajaan menyediakan platform kepada rakyat bagi menjual produk serta perkhimatan mereka.

MIHAS dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di bawah naungan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). – BERNAMA

Tags: HalalMIHAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ikan Belacak Halal Dimakan

13/06/2022
0

PUTRAJAYA : Ikan belacak atau dikenali ikan tembakul halal dimakan kerana ia dalam kategori haiwan air. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Itu penjelasan...

Suruhanjaya Patuh Syariah Untuk Kawal Selia Ekonomi Halal

30/05/2022
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar kawal selia lebih komprehensif melibatkan ekonomi halal boleh disatukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd