• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Akan Terus Sediakan Rumah Mampu Milik & Berkualiti Kepada Rakyat

oleh Ahmad Albab
13/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi memberi jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan akan terus menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti kepada mereka.

Beliau berkata ini bukan sahaja untuk memastikan mereka mempunyai tempat berlindung tetapi juga meningkatkan kekayaan mereka.

Ini juga bagi memenuhi Manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 Basional Nasional (BN) apabila BN berjanji untuk membina satu juta unit rumah di seluruh negara dalam tempoh lima tahun.

Najib berkata demikian ketika melancarkan Ekspo Rumah PRIMA @Sarawak di bangunan lama Dewan Undangan Negeri di sini Sabtu.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, timbalan ketua menteri Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Perumahan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Abdul Mutalib Alias.

“Kami telah berjaya membina 500,000 rumah melalui PR1MA. Kami akan melakukan yang terbaik untuk membina unit-unit selebihnya bagi memenuhi janji kami,” kata beliau.

Najib berkata bagi Sarawak, PR1MA dan Perbadanan Pembangunan Perumahan negeri bekerjasama untuk membina kira-kira 9,185 unit pelbagai jenis rumah.

“Dalam hubungan ini, hubungan yang lebih kukuh adalah perlu antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk memudahkan program ini.

Di Sarawak, contohnya, kerajaan negeri menyediakan tanah sementara kerajaan persekutuan memperuntukkan dana,” kata beliau.

Najib berkata pada masa sekarang, rakyat tidak lagi berpuas hati sekadar memiliki rumah yang murah.

“Mereka mahu rumah yang berkualiti dan luas dengan kemudahan moden tetapi pada harga yang mereka mampu,” katanya.

Beliau berkata walaupun ia merupakan cabaran yang sukar tetapi kita telah berjaya, dalam keadaan tertentu mencapai matlamat ini melalui PR1MA apabila harga rumah adalah 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran dan ini pasti memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan surat tawaran kepada lima keluarga tempatan yang berjaya dalam permohonan untuk membeli rumah impian mereka.

Beliau juga melancarkan aplikasi mudah alih “PR1MA” bagi memudahkan pendaftaran rumah PR1MA kepada orang ramai, terutama mereka yang tidak mempunyai akses internet di rumah. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakRumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd