• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Sekeluarga Maut Kemalangan Di KM106 Jalan Kuantan-Segamat

oleh Ahmad Albab
12/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Empat sekeluarga maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas sebelum bertembung dengan sebuah kereta lain di KM106 Jalan Kuantan-Segamat, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata dalam kejadian 8.30 malam itu, empat mangsa yang menaiki kereta Proton Exora meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi anggota keluarga berkenaan cedera parah.

Mereka yang terkorban ialah Mohd Zaki Mamat, 47, isterinya Jamilah Hussen, 46, dan dua anak mereka Muhammad Zamil Izuddin, 17, serta Muhammad Zamil Syazwan, 14.

Dua lagi anak Mohd Zaki, Siti Nurjeha, 18, dan Siti Nur Nabilah, 10, cedera parah manakala pemandu kereta Honda Civic, Zulkifli Abdullah, 47, yang terbabit dalam kemalangan itu turut cedera.

“Kemalangan dipercayai berlaku akibat tayar hadapan sebelah kiri Proton Exora itu pecah menyebabkannya hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta dipandu Zulkifli,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Zaki yang bekerja sebagai pemandu lori dan keluarganya itu dipercayai dalam perjalanan ke Kelantan dari rumah mereka di Merlimau, Melaka.

Muhammad Aidil Roneh berkata mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Muadzam Shah di sini untuk rawatan lanjut.

“Semua mangsa yang terkorban juga dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd