• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Yakin UMNO Terengganu Makin Kukuh

oleh Ahmad Albab
12/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yakin Umno Terengganu semakin kukuh dan bersatu.

Ahmad Razif dalam kenyataannya berkata dirinya sentiasa berfikiran positif di atas sesuatu perkara dan yakin ada hikmah di sebaliknya.

“Yang penting bagi saya dan saf kepemimpinan negeri ialah meneruskan agenda pembangunan untuk kesejahteraan rakyat.

“Selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, saya sentiasa berdoa agar Umno terus kukuh,” katanya.

Ahmad Razif berkata UMNO Terengganu pada masa sama juga dilihat berpegang kepada kesetiaan dan mahu terus berkhidmat seperti matlamat moto parti.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Umno telah mengenal pasti mekanisma terbaik dalam menyelesaikan konflik politik di Terengganu.

Ahmad Zahid berkata mekanisme berkenaan akan diumumkan Setiausaha Agung UMNO dan BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam masa terdekat.

Kontroversi politik di Terengganu bermula apabila anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Datuk Seri Ahmad Said, yang juga bekas Menteri Besar Terengganu, mencadangkan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif, Selasa lalu.

Usul itu dicadangkannya sebelum mengakhiri perbahasannya pada sesi perbahasan atas titah ucapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin merasmikan persidangan DUN ke-13. – BERNAMA

Tags: Ahmad Razif Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan BN Terengganu Yang Tunaikan Janji

07/05/2018
0

KUALA NERUS - Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited dan konsisten menunaikan setiap janji yang dibuat dan bukan sekadar omong...

‘Sea Felda’ Manfaat 2,000 Penduduk Kuala Nerus

06/05/2018
0

KUALA NERUS - Projek Akuapolitan Kuala Nerus (AKN) atau "Sea Felda", sebuah kawasan pembangunan bersepadu khusus untuk golongan nelayan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd