• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bilangan Doktor Pakar Ditambah 1,000 Setiap Tahun

oleh Ahmad Albab
11/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan menyasarkan menambah bilangan doktor pakar daripada 450 orang kepada 1,000 setiap tahun bagi mengatasi masalah kekurangan doktor pakar di hospital kerajaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata masalah itu perlu ditangani segera kerana terdapat kekurangan dalam bilangan doktor pakar di semua 142 hospital di bandar kecil, di samping memenuhi permintaan rakyat.

“Jumlah ini tidak mencukupi. Contohnya, dalam bidang pembedahan neuro, Malaysia hanya mempunyai 47 pakar di hospital bandar seperti Sungai Buloh, Johor Bahru, Ipoh, Pulau Pinang, Kuching dan Sibu.

“Ini bermaksud hospital-hospital lain di bandar kecil yang memerlukan kepakaran bidang ini, dan yang lain. Saya berharap peningkatan 1,000 doktor pakar akan mengisi keperluan doktor dalam negara menjelang 2018,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, pada masa ini, 819 doktor terpilih untuk mengikuti program sarjana di tujuh universiti tempatan, yang menawarkan 23 bidang pakar.

Selain itu, Dr Subramaniam berkata bermula pada 2014, pihaknya telah memantapkan pelaksanaan ‘Parallel Pathway’ untuk dijadikan program latihan kepakaran yang lebih berstruktur.

Dalam perkembangan lain, beliau sekali lagi mengingatkan masyarakat untuk memastikan kawasan persekitaran masing-masing sentiasa berada dalam keadaan bersih bagi mengelakkan pembiakan aedes.

“Jumlah 2,007 kes denggi minggu ini adalah satu petanda baik sekiranya ia kekal walapun adanya ramalan jumlah kes akan meningkat berikutan fenomena El-Nino,” katanya.

Dr Subramaniam berkata telur nyamuk aedes boleh hidup di tempat kering selama enam bulan dan hanya memerlukan setitik air untuk menetas dan menjadi larva. – BERNAMA

Tags: Dr S. Subramaniam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kekuatan Mental Penting Hadapi PRU14

03/05/2018
0

SEGAMAT – Tugas wakil rakyat dalam tempoh berkempen ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukanlah satu tugas yang mudah sebaliknya...

MIC Bukan Parti Inklusif Kaum India – Subramaniam

23/12/2017
0

MELAKA - MIC bukan sebuah parti eksklusif untuk kaum India beragama Hindu semata-mata, sebaliknya sebuah parti inklusif bersandarkan kepelbagaian kaum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd