• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 12 Suspek Samun Lori Kontena

oleh Ahmad Albab
11/03/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis menahan 12 suspek termasuk dua wanita dipercayai terlibat dalam kes samun lori kontena di sebuah pasar raya besar di Meru, Klang pada 31 Jan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata kesemua suspek berusia antara 24 dan 52 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di Kuang; Sri Damansara; Sungai Buloh dan Rawang, sejak 2 Mac hingga semalam.

“Turut ditahan, dalang sindiket serta seorang individu dipercayai pembeli barangan curi berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 4 pagi itu, lori bermuatan makanan, kosmetik dan barangan elektrik bernilai RM40,000 disamun sekumpulan lima lelaki ketika sedang berehat sementara menunggu pasar raya berkenaan dibuka.

Pemandu dan kelindan lori itu kemudian diikat dan dibawa menaiki sebuah kereta sebelum ditinggalkan di Selayang.

Menurut Mohd Adnan, lori berkenaan kemudian dijual kepada sebuah kedai menjual alat ganti kenderaan terpakai di Rawang.

Tambah beliau, kumpulan sindiket terbabit dipercayai bergerak aktif sejak 15 tahun lepas.

“Siasatan mendapati, dalang sindiket itu mempunyai 22 rekod kes lampau bersabit samun dan rompak, kami percaya sindiket ini turut terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah lain antaranya pecah rumah dan kilang selain menyamun lori,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan 392 Kanun sama. – BERNAMA

Tags: kes samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd