• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Paksa Ahli Sertai Program Solidariti Mat Sabu

oleh Ahmad Albab
11/03/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) memberi amaran keras kepada seluruh ahlinya di Perak supaya menghadiri majlis Malam Solidariti Mat Sabu di Ipoh malam esok.

Pengarah Komunikasi PAN Perak, Abdul Rahim Mohd. Noordin berkata, beliau mahu setiap ahli PAN Perak menghadiri majlis itu sebagai tanda mereka menyayangi Mat Sabu (Presiden PAN, Mohamad Sabu).

“Malam Solidariti untuk Presiden PAN ini merupakan sokongan kasih sayang ahli dan penyokong PAN serta Pakatan Harapan terhadap beliau yang disaman RM200,000 semasa menjadi Timbalan Presiden PAS.

“Semua ahli dan penyokong PAN Perak diminta hadir. Jangan ada seorang pun ahli dan penyokong berada di Parlimen masing masing pada hari tersebut. Ini satu tanda sokongan dan kasih sayang kita pada perjuangan Mat Sabu,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Rahim berkata, semua pimpinan, ahli dan penyokong Pakatan Harapan dari DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak turut dijemput hadir.

Mat Sabu yang juga Presiden PAN berdepan dengan tuntutan muflis selepas gagal membayar hutang untuk satu kes saman fitnah.

Ia melibatkan tuntutan daripada bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Mat Sabu meminta bantuan orang ramai mengumpul dana untuk beliau membayar saman itu, namun permintaannya dicemuh banyak pihak. - MYNEWSHUB.CC

Tags: Parti Amanah Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Nasional, Muammar Qaddafi Mohd Nasir mengakui Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) antara badan...

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menegaskan isu bekalan tenaga tidak seharusnya dipolitikkan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd