• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Undi Tak Percaya Terhadap PM Angan Kosong Pembangkang

oleh Ahmad Albab
10/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini yang merayu Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk bersama-sama mereka mengemukakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat cubaan terdesak untuk menjatuhkan kerajaan.

Anggota Parlimen Sekijang, Anuar Abd Manap ketika diminta mengulas perkara itu menyifatkan rayuan Rafizi adalah tindakan sia-sia.

“Yang tak bersetuju dengan perdana menteri hanya pembangkang, kami di BN waima baru-baru ini bila ada anggota Parlimen BN dari Sarawak yang diajak supaya tidak menyokong perdana menteri pun, kami menunjukkan rasa setiakawan, kami tetap bersama.

“Saya kira itu hanyalah angan-angan kosong daripada pembangkang. Nampak macam mereka sangat berharap agar kami akan laksanakan perkara itu…buat apa kita nak ikut mereka,” katanya kepada Bernama di lobi Parlimen, di sini.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup pula menegaskan anggota Parlimen BN terutamanya daripada PBRS sama sekali tidak menyokong rayuan Rafizi itu.

Kurup (BN-Pensiangan) berkata PBRS pernah membincangkan perkara itu dan menetapkan pendirian untuk terus menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kami tidak menyokong usul pihak pembangkang kerana kami percaya bahawa perdana menteri telah bekerja bersungguh-sungguh untuk mentransformasikan rakyat walau pelbagai cabaran dihadapi beliau.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari dalam respon ringkasnya berkata :”Dia (Rafizi) pun tidak betul….”.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) secara sinis berkata tindakan Rafizi itu tidak sesuai dengan jawatan yang dipegangnya sebagai naib presiden dan setiausaha agung PKR .

Khairuddin turut menyifatkan Rafizi bersikap kebudak-budakan.

“Lagipun akhir-akhir ini banyak sangat kenyataannya (terhadap PAS) yang tidak layak (dikeluarkan) sebagai setiausaha agung (PKR),” katanya.

Khairuddin berkara walaupun PAS tetap berpendirian untuk menurunkan BN dan Najib, namun ia akan dilakukan melalui pilihan raya dan bukan semata-mata menyingkirkan perdana menteri melalui cara yang tidak betul.

Rafizi (PKR-Pandan) ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini dilihat cuba memujuk dengan mencadangkan anggota Parlimen pembangkang dan BN menyokong undi tidak percaya terhadap perdana menteri. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakRafizi Ramli
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd