• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambang Pengangkutan Awam Darat Tidak Dipengaruhi Minyak Mentah Dunia

oleh Ahmad Albab
10/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Harga tambang pengangkutan awam darat terutama bas dan teksi tidak dipengaruhi oleh minyak mentah dunia walaupun harga komoditi tersebut menunjukkan penurunan sejak kebelakangan ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata harga minyak mentah seperti petrol dan diesel hanya menyumbang sebanyak 10 peratus terhadap kos operasi syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam itu.

“Ada elemen lain yang mempengaruhi kos operasi syarikat pengendali ketika ini seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan terhadap alat ganti kenderaan.

“Selain itu, syarikat juga berdepan kenaikan premium insurans dan kadar tukaran wang yang tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada Majlis Perasmian Pejabat Urusan Ekspres Perdana dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pembelian Bas antara Syarikat Tiara Pesona Sdn Bhd dengan Syarikat SCANIA Sdn Bhd, MAN Truck & Bus Malaysia dan RTG Intech Sdn Bhd di sini, hari ini.

Tiara Pesona diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Laili Ismail manakala SCANIA diwakili Pengurus Besar Idris Puteh, MAN diwakili Pengarah Urusannya Hartmut Mueller manakala RTG Intech diwakili Pengarah Urusannya Roslan Ramin.

Menerusi MoU itu, SCANIA akan membekalkan sebanyak 50 bas manakala MAN, empat bas kepada Tiara Pesona menjelang hujung tahun ini.

Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata walaupun berdepan rungutan pengguna berhubung soal tambang pengangkutan darat, namun masa sama pengguna mengakui mereka mendapat perkhidmatan yang lebih baik pada masa kini.

“Saya selalu jumpa pengguna dan pengguna kita adalah rasional. Dia (pengguna) merungut tapi dia tahu, dia mendapat perkhidmatan yang baik, dia dapat tiba dari satu destinasi satu destinasi yang lain dengan berasa selamat, lebih selesa, lebih mesra perkhidmatannya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Syed Hamid Albar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilihan Bersatu, JPP Batal 2 Persidangan

19/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan untuk membatalkan persidangan cawangan di dua bahagian...

Hishammuddin Cabar Buktikan Beliau Dapat Habuan

13/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hishammuddin Hussein mencabar menteri pertahanan dan timbalannya untuk membuktikan beliau mendapat faedah daripada pertukaran tanah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd