• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Perlu Sokongan Ahli UMNO Untuk Terus Bekerja Demi Rakyat

oleh Ahmad Albab
10/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pentadbiran kerajaan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang komited memberikan fokus kepada agenda pembangunan negara dan kebajikan rakyat, memerlukan sokongan padu semua ahli UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Kuantan Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat berkata sehubungan itu peringkat akar umbi UMNO bahagian itu bersatu hati dengan berikrar taat setia mendukung dan menyokong penuh kepimpinan Najib yang juga Presiden UMNO.

“UMNO Bahagian Kuantan telah mengambil ketetapan untuk bersama-sama dengan saf kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Pahang serta mengutuk sekeras-kerasnya cubaan mengguling kerajaan melalui ‘Deklarasi Mahathir’ ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra dan Isu-Isu Semasa Parlimen Kuantan di sini, malam tadi yang dihadiri 420 anggota UMNO peringkat cawangan dan bahagian.

Wan Adnan berkata UMNO Bahagian Kuantan turut kesal dan kecewa dengan tindakan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama bekas pemimpin parti dan Barisan Nasional (BN) yang bersekongkol dengan pembangkang untuk cuba menjatuhkan kerajaan yang ditadbir Najib.

Katanya tindakan seumpama itu berada di luar kerangka perundangan serta melanggar prinsip dan perjuangan yang pernah didukung Dr Mahathir dan bekas pemimpin yang suatu ketika dahulu bersama wadah perjuangan BN.

“Ia merupakan satu pengisytiharan ‘perang’ kepada keseluruhan anggota UMNO dan rakyat yang telah memberi mandat kepada kerajaan yang diterajui Datuk Seri Najib.

“Kemelut persepsi serta konspirasi yang cuba dicetuskan tokoh itu yang memanipulasi situasi telah memberi gambaran negatif ketidakstabilan politik dan pentadbiran kerajaan dan dirancang untuk mencetuskan panik dan ketidakyakinan kepada kepimpinan yang ada,” katanya.

Wan Adnan berkata UMNO terus tetap bertahan sehingga sekarang untuk membela bangsa Melayu serta berjaya memperjuangkan dasar bermanfaat untuk rakyat biarpun pernah menghadapi pelbagai cabaran sejak penubuhan parti itu.

Dalam pada itu, beliau meminta pengurusan tertinggi UMNO mempertimbangkan untuk memecat keanggotaan beberapa pihak yang turut bersama Dr Mahathir menghadiri majlis menandatangani ‘Deklarasi Mahathir’ dengan pembangkang yang mahukan Najib meletakkan jawatan. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd