• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Faiz Subri Dianugerah Pemain Terbaik Februari PFAM

oleh Ahmad Albab
17/03/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Pemain sensasi Harimau Kumbang, Faiz Subri yang menjaringkan ‘gol ajaib’ sehingga mendapat perhatian di seluruh dunia baru-baru ini, dianugerahkan pemain terbaik bulan Februari oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) – Asiana.my.

Pencapaian cemerlang yang membanggakan itu membolehkan Faiz membawa pulang wang tunai RM1,500 tajaan MVP Sports Agency, sebuah trofi dan gambar beserta bingkai pemain sumbangan Asiana.my.

Ketua Eksekutif PFAM – Asiana.my, Izham Ismail berkata anugerah itu diberi untuk mengangkat martabat dan menghargai usaha pemain bola sepak profesional di Malaysia.

“Sesi pemilihan dibuat melalui panel pemilih PFAM - Asiana.my yang terdiri daripada pengamal media yang memilih dan menyenarai pendek lima calon setiap bulan dan undian akan dibuka kepada seluruh peminat bola sepak di Malaysia.

“Faiz menerima undian tertinggi mengalahkan empat calon lain iaitu Zah Rahan Krangar (Felda United), Farizal Marlias dan Hariss Harun (JDT) serta Norazlan Razali (Selangor),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah itu di Padang A Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Faiz yang ditemui selepas majlis itu berkata beliau tidak menyangka akan menerima pengiktifan itu.

“Anugerah ini menjadi pendorong dan penyuntik semangat kepada saya dan pemain lain untuk diiktiraf PFAM,” katanya yang baru sembuh daripada kecederaan tumit kanan.

Faiz yang direhatkan satu perlawanan Liga Super iaitu ketika Pulau Pinang bertemu Perak minggu lepas, berkata beliau kini bersedia untuk beraksi semula apabila Pulau Pinang bertemu Kelantan Sabtu ini.

Ketua Jurulatih Pulau Pinang, Jacksen Fereira Tiago meletakkan peluang pasukannya untuk menang dengan Kelantan pada perlawanan itu adalah 50-50.

“Kita tahu Kelantan merupakan antara pasukan terbaik dan ini akan menguji kemampuan pemain untuk beraksi dengan lebih baik,” kata Tiago. – BERNAMA

Tags: Faiz Subri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Bakal Calon Kapten Skuad Harimau Kumbang?

14/01/2018
0

GEORGE TOWN - Persoalan misteri siapakah bakal dilantik sebagai kapten baharu Pulau Pinang dalam menghadapi Liga Perdana bermula awal bulan...

Faiz Subri, Jafri Sedia Berkelana Ke Pasukan Lain

23/10/2017
0

KUALA LUMPUR – Dua pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri dan Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew bersedia mempertimbangkan tawaran beraksi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd