• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Racun Serangga Punca Keracunan Makanan Di Batu Gajah

oleh Ahmad Albab
09/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kes keracunan makanan di Siputeh dekat Batu Gajah di sini berpunca daripada racun serangga iaitu karbamat yang terdapat dalam beberapa jenis makanan di sebuah gerai.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata Jabatan Kimia cawangan Perak mengesahkan perkara itu menerusi sampel yang diambil daripada sambal nasi lemak, kuey teow goreng, kuih bom dan cucur badak.

“Punca keracunan ini adalah daripada makanan dan tiada kaitan dengan semburan (racun rumpai) kerana tong semburan racun dan rumput tidak terdapat karbamat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Dr Mah berkata pihaknya telah menyerahkan beberapa dokumen termasuk laporan kimia dan maklumat pesakit kepada polis untuk siasatan lanjut.

“Siasatan polis membantu kita untuk mengenal pasti bagaimana racun ini boleh masuk ke dalam makanan yang dijual,” katanya dan menambah gerai berkenaan diarah tutup sehingga selesai siasatan.

Beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika menggunakan racun serangga sama ada di kebun, rumah atau kedai makan bagi mengelak perkara sedemikian berlaku.

Selain itu, Mah berkata setakat hari ini, seramai 102 orang menjalani pemeriksaan dan rawatan di beberapa hospital.

Katanya daripada jumlah itu, tiga dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini dengan seorang daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala seorang lagi menerima rawatan di hospital swasta.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Perak Mohd Zulkifli Yacob berkata racun serangga adalah bahan kimia yang berupaya untuk memusnah, mengurang atau menolak serangga.

“Racun serangga boleh diklasifikasikan kepada kumpulan utama mengikut punca racun dan cara bertindak. Racun akan bertindak apabila serangga memakan racun ini dan ia akan merosakkan saluran penghadaman,” katanya.

Mohd Zulkifli berkata premis yang menjual racun serangga perlu memperoleh lesen yang berdaftar dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak.

“Racun ini kebiasaanya dijual di kedai hardware (perkakasan) dan Pertubuhan Peladang. Setiap racun mempunyai label yang tertera cara peraturan penggunaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: keracunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

20 Pelajar Keracunan Lepas Minum ‘Spirit’

20 Pelajar Keracunan Lepas Minum ‘Spirit’

09/06/2023
0

KOTA MARUDU – Seramai 20 pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Pitas dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan...

Karbon Monoksida Pembunuh Senyap

18/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Keracunan karbon monoksida boleh terjadi walaupun dalam kuantiti yang sedikit dan ia adalah punca utama kecederaan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd