• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hulk Hogan Malu Rakaman Video Seksnya Dengan Bini Kawan

oleh Ahmad Albab
11/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIAMI – Bintang gusti terkenal Amerika Syarikat, Hulk Hogan berkata, dia malu dengan rakaman video seksnya yang dirakam secara rahsia sebelum disiarkan menerusi Internet.

Hogan berkata demikian ketika memberi keterangan di sebuah mahkamah tempatan dalam cubaan menuntut rugi berjumlah AS$100,000 (RM411,344).

Hogan, 62, yang memakai skarf bandana hitam dan salib perak besar, dirakam mengadakan hubungan seks dengan isteri kawannya sendiri.

“Saya benar-benar malu,” kata Hogan, antara selebriti gusti paling terkenal di AS kepada mahkamah di Florida itu.

Hogan atau nama sebenarnya Terry Bollea berkata, kehidupan peribadinya diceroboh dengan siaran rakaman video selama satu minit 41 saat itu.

Rakaman video seks itu disiarkan di dalam laman sesawang berita dan hiburan Gawker, yang dinamakan sebagai defendan dalam kes berkenaan.

Hogan memberitahu, rakannya yang juga personaliti radio, Bubba Clem menjalani perkahwinan terbuka dan mahu isterinya mengadakan hubungan seks dengannya.

Selepas beberapa kali merayu, Hogan berkata, dia akhirnya bersetuju, tanpa menyedari perbuatannya itu dirakam secara rahsia.

Hogan menegaskan, siaran rakaman video seks itu merosakkan reputasi peribadi dan profesionalnya.

Menurut peguam Hogan, rakaman video itu berjaya ditonton oleh tujuh juta kali. – AFP/myMetro Online

Tags: Hulk HoganSelebriti Hollywoodvideo seks
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Seks Mirip Pelakon Lelaki Tular

26/02/2020
0

SATU video seks yang dikatakan mirip dengan seorang pelakon lelaki tular di media sosial sejak beberapa hari lalu. Malah, gambar...

Bukti Video Seks Tular Hanya Mainan Politik – Azmin

09/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Peguam Negara membuktikan video seks mengaitkan dirinya itu hanyalah mainan politik, kata Datuk Seri Mohamed Azmin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd