• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Jatuhkan PM Bercanggah Dengan Amalan Demonstrasi

oleh Ahmad Albab
07/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebarang usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tidak sihat kerana ia bercanggah dengan demokrasi yang kita amalkan selama ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sebagai negarawan atau ahli politik yang sudah lama (berpengalaman), mereka (yang melakukan usaha itu) seharusnya membuat keputusan yang tidak ditempelak masyarakat.

“Tunggulah tidak lama lagi, dua tahun sahaja akan ada pilihan raya…Tak kan tak boleh sabar,” kata Mohamad yang jelas ditujukan kepada kumpulan yang melancarkan gagasan menuntut Najib berundur.

“Kita percaya rakyat Malaysia mempunyai pelajaran dan jangan dihina kepintaran rakyat.

“Saya lihat mereka yang buat gagasan ada kepentingan peribadi…Jangan kerana itu sampai heret rakyat terjerumus dalam politik tidak sihat,” katanya.

Mohamad bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian serentak Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan DUN Rantau 2016 dan Anugerah Kecemerlangan Akademik 2015.

Beliau diminta mengulas kerjasama beberapa anggota UMNO dengan pembangkang yang menandatangani pada Jumaat lepas ‘Deklarasi Mahathir’ yang antara lain mahu Najib berundur.

Justeru, Mohamad menegaskan UMNO Negeri Sembilan, Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) dan wakil rakyat Negeri Sembilan sebulat suara menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

Beliau juga berharap agar semua ahli UMNO dan parti komponen BN mengambil iktibar dari gagasan itu supaya mereka bekerja lebih kuat lagi untuk mempertahankan UMNO dan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Mohamad berkata pemimpin UMNO yang bersekongkol dengan pembangkang diminta agar memikirkan semula keanggotaan mereka dalam parti.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata selaras dengan pertambahan penduduk di Bandar Sendayan, sebuah lagi blok sekolah akan dibina di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sendayan dengan kos sebanyak RM7.2 juta.

“Untuk masa ini sekolah menegah bagi DUN Rantau mencukupi tetapi kita telah dapat kelulusan daripada Kementeeian Pelajaran untuk bina satu blok di sekolah ini kerana pertambahan penduduk yang mendadak.

“Selain itu, kita juga akan buat permohonan untuk bina sekolah rendah di kawasan Sendayan ini lagi supaya tidak ada sekolah yang tiada bilik darjah dan sekaligus dapat mengurangkan dua sesi persekolahan iaitu pagi dan petang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mohamad HasanNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

09/06/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Tinggi "Panggilan Untuk Bertindak: Respons...

Pembantu Am, Ejen Insurans Rugi Lebih RM400,000

PLKN Akan Dilaksanakan Semula – Mohamad

09/10/2023
0

PETALING JAYA : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanaan semula tetapi menggunakan kaedah latihan berbeza...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd