• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuih Gerai Di Siputeh Terdedah Kepada Racun

oleh Ahmad Albab
07/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kuih yang dijual di sebuah gerai di Siputeh, Batu Gajah sehingga menyebabkan ramai mengalami keracunan makanan dikenal pasti terdedah kepada racun.

Mengesahkan demikian, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata sampel kuih itu telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengenalpasti jenis racun dan punca ia merebak pada makanan tersebut.

Katanya, selain kuih, sampel rumput, tong semburan dan racun yang terletak berhampiran gerai itu juga telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

“Kita juga mengambil barangan lain untuk dijadikan sampel antaranya pisau, darah, senduk, papan pemotong serta beberapa jenis makanan termasuk nasi lemak, kuih, sambal dan air,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Selain itu, Mah berkata setakat pukul 12 tengah hari tadi seramai 84 orang telah menjalani pemeriksaan dan rawatan di beberapa hospital.

Katanya daripada jumlah itu, enam dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini dengan tiga daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi sejak Jumaat, 11 Mac.

Sementara itu, lima lagi ditahan di Hospital Batu Gajah, manakala seorang masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Ipoh, katanya. – BERNAMA

Tags: keracunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

20 Pelajar Keracunan Lepas Minum ‘Spirit’

20 Pelajar Keracunan Lepas Minum ‘Spirit’

09/06/2023
0

KOTA MARUDU – Seramai 20 pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Pitas dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan...

Karbon Monoksida Pembunuh Senyap

18/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Keracunan karbon monoksida boleh terjadi walaupun dalam kuantiti yang sedikit dan ia adalah punca utama kecederaan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd