• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kegiatan Merekrut Rakyat Malaysia Ancaman Buat Negara

oleh Ahmad Albab
16/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kegiatan merekrut rakyat negara ini untuk berjuang di Syria yang kononnya atas nama jihad merupakan satu ancaman buat negara dan ia tidak boleh dibiarkan sama sekali, kata Panglima Angkatan Tentera (ATM) Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata jika perkara itu tidak dibanteras segera, dibimbangi lebih ramai rakyat negara ini akan terpengaruh untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria.

“Jika mereka bersama kumpulan itu, mereka akan dilatih dari segi militan dan mereka akan punyai semangat setiakawan bersama rakyat negara lain di tempat berjuang itu.

“Tak mustahil mereka ni balik senyap-senyap dan tubuhkan sesuatu, ini perkara nyata dan telah diperakui bahawa kumpulan IS ini lebih dahsyat daripada Al Qaeda,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Program Summer Camp 11/2014 di Kem Desa Pahlawan di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) PDRM Datuk Rusli Ahmad dan Panglima 8 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Azmy Yahya.

Zulkifeli berkata isu itu amat serius dan kerajaan sentiasa mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh menyertai kumpulan itu.

Beliau berkata semua pihak jangan memandang mudah perkara itu sebaliknya perlu bersama-sama pihak berkuasa untuk menanganinya.

Katanya jika tidak ditangani apa yang membimbangkan terdapat rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan berkenaan akan mewujudkan kumpulan kecil di negara ini apabila kembali ke tanah air.

“Kumpulan ini mampu mempengaruhi pelajar perempuan tingkatan dua menerusi Internet, apa jihadnya …kalau membunuh Islam sesama Islam,”  katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  berkata PDRM telah mengenal pasti 39 rakyat Malaysia termasuk seorang  wanita yang dikaitkan dengan gerakan militan seperti Kumpulan Negara Islam  Iraq dan Syria (ISIS).

Terdapat tiga kumpulan militan yang disertai rakyat Malaysia di  Syria iaitu Negara Islam (IS), Jabhat Al Nusra dan Ajnad Al Sham, dan  lazimnya mereka menggunakan ayat-ayat al-Quran dan ‘jihad’ semasa  ‘mengumpan’ golongan sasaran.

“Ini adalah satu ancaman yang nyata dan rakyat mesti sedar akan  ancaman ini seterusnya boleh menjadi mata dan telinga kepada agensi  kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tentera,” kata Zulkifeli.- BERNAMA

Tags: Militan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

18/05/2024
0

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan terkawal dengan pemantauan sentiasa dilakukan ke atas bekas anggota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd