• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis Dituduh Minta, Terima Rasuah RM900

oleh Ahmad Albab
16/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM900, awal tahun ini.

Koperal Roslan Ariffin, 46, yang bertugas di Balai Polis Sri Lalang, Kluang, didakwa meminta RM300, masing-masing daripada Muhammad Haziq Abu Hurairah, Mohamad Nor Akhmal Zulkfli dan Wan Mohamad Iskandar Wan Abdullah, sebagai dorongan melepaskan mereka yang ditahan polis kerana disyaki positif dadah.

Roslan juga didakwa menerima RM300, masing-masing daripada Muhamad Shahrul Fitri Ngadimon sebagai dorongan melepaskan Mohamad Nor Akhmal, daripada Mohamad Nor Akhmal sebagai dorongan melepaskan Muhammad Haziq dan daripada Wan Mohamad Iskandar sebagai dorongan melepaskan dirinya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Balai Polis Sri Lalang, Kluang antara  4.30 petang dan 11 malam, 1 Jan lepas.

Roslan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) dan 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Nov untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Rizduan Abd Malik daripada SPRM. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd