• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Peniaga Bunuh Lelaki Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

oleh Ahmad Albab
06/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan kes seorang peniaga yang didakwa membunuh dan mencederakan dua lelaki di kampung Labohan, Kerteh, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Rofiah Mohamad membuat keputusan itu setelah Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Zawawi memaklumkan bahawa kesemua dokumen telah lengkap dan pertuduhan terhadap Mohamad Zulkifli Ismail, 50, juga kekal tanpa sebarang pindaan.

Rofiah menetapkan 22 Mac untuk sebutan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dan membenarkan kedua-dua kes dibicarakan bersama.

Pada 27 Dis tahun lepas, Mohamad Zulkifli didakwa membunuh Zulkefle Abdullah, 38, di kawasan rumah tidak bernombor, kampung Labohan, Kerteh, di sini pada pukul 10.30 pagi, 7 Dis lalu.

Bapa tiga orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan bagi pertuduhan tersebut.

Sementara itu bagi pertuduhan kedua, Mohamad Zulkifli mengaku tidak bersalah menyebabkan cedera parah ke atas Faizul Awang, 31, dengan menggunakan sebilah parang di tempat dan tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Mohamad Zulkifli diwakili peguam Ariff Azami Hussein dan Azizul Shariman Mat Yusoff. – BERNAMA

Tags: kes bunuhmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd