• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salah Bonceng Motor Bukan Mahram, Waktu Maghrib

oleh
08/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan PAS Kelantan bakal meminda satu undang-undang bagi membolehkan tindakan diambil terhadap anak muda yang berkeliaran pada waktu Maghrib dan membonceng motosikal dengan bukan mahram.

Undang-undang yang akan dipinda itu dilakukan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Kelantan bagi mengawal gejala sosial dalam kalangan anak-anak muda negeri itu, menurut laporan beberapa portal berita.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, bagaimanapun tidak menyatakan bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang ditahan kerana berkeliaran dan membonceng motosikal dengan bukan mahram.

Kesalahan terbaharu itu termasuk terhadap penunggang dan pembonceng yang didapati masih lagi berlegar-legar tanpa arah tujuan pada waktu Maghrib sama ada di kawasan taman rekreasi atau tepi pantai.

“Walaupun gejala sosial di negeri Serambi Makkah ini belum lagi sampai kepada tahap membimbangkan, usaha perlu dibuat agar ia dapat dibendung lebih awal,” kata Ahmad seperti yang dilaporkan portal Harakah Daily.

Cadangan pindaan undang-undang kecil tersebut, kata beliau juga adalah selaras dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Islam (JPI) pada peringkat PBT di seluruh pentadbiran majlis daerah sepanjang tahun ini.

Sebelum ini, hanya di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sahaja mempunyai JPI, tetapi mulai tahun ini jabatan baharu tersebut bakal diperluaskan lagi kepada seluruh PBT di Kelantan.

Ahmad berkata, JPI diharap turut dapat membuat kajian secara terperinci berkaitan dengan undang-undang kecil tersebut bagi menangani gejala anak muda yang suka sangat melepak buang masa pada waktu Maghrib.

bonceng1

“Hasrat kerajaan negeri supaya dengan undang-undang itu dapat kawal anak-anak muda yang bebas berkeliaran khasnya di kawasan taman atau di tepi pantai,” kata beliau seperti yang dilaporkan oleh Harakah Daily.

“Membonceng motosikal bukan dengan mahram sering berlaku, ini yang kita hendak kawal. Trend sekarang mereka suka membonceng, bebas ke sana ke mari dan ini amat tidak baik khususnya di sisi Islam,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Penguatkuasaan Syariah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Mokhtar Salleh, menyatakan akan meningkatkan penguatkuasaan khusus dalam kalangan golongan remaja negeri itu.

Ini terutama yang didapati berkelakuan tidak sopan di tempat awam dan menurut beliau, antara tumpuan penguatkuasaan termasuk ke atas mereka yang menaiki motosikal bersama individu yang bukan mahram.

Mokhtar dilaporkan berkata, ketika ini ia bagaikan satu trend baharu dengan kaum wanita tempatan sering dilihat gemar membonceng motosikal dalam keadaan tidak sopan dengan penunggang lelaki yang tiada ikatan keluarga.

Undang-undang jenayah syariah di Terengganu itu juga bakal digariskan Maidam meliputi kesalahan untuk wanita yang berpakaian mencolok mata dan lelaki berpakaian seperti wanita. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Bonceng Motor Dengan Bukan Muhrim Dipantau

Juga: Apabila Lupa Diri, Bonceng Motor Pakai Bikini Je

LagI: Hon Punya Hal, Penunggang Nak Tumbuk Warga Emas

Tags: boncengmahrammotosikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: "Ini kali keempat saya disaman atas kesalahan sama. Pada tahun lalu, tiga kali saya disaman kerana tiada lesen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd