• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Berjaya Kurangkan 50 Peratus Iklan Haram

oleh Ahmad Albab
05/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hampir 50 peratus iklan haram di sekitar ibu negara berjaya dikurangkan menerusi operasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam memerangi kegiatan itu setakat hari ini.

Pengarah Eksekutif Sosio-Ekonomi DBKL Datuk Mohd Sauffi Muhamad berkata dalam operasi hari para pegawai penguatkuasa telah menurunkan 5,233 iklan haram berbanding 11,021 iklan haram yang diturunkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

“Ini merupakan satu petanda baik kerana kami telah mencatatkan penurunan hampir 50 peratus jika dibandingkan dengan angka pada tahun lepas,” katanya pada sidang media selepas operasi itu di sini hari ini.

Mohd Sauffi berkata operasi khas pertama dan secara besar-besaran itu yang dilaksanakan pada tahun ini melibatkan 11 Parlimen iaitu Wangsa Maju, Setiawangsa, Kepong, Batu, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras, Segambut dan Bandar Tun Razak.

Statistik menunjukkan bahawa bahagian penguatkuasa DBKL telah menurunkan sejumlah 1.45 juta iklan haram di sekitar ibu negara dalam tempoh setahun dari Januari 2015 hingga Februari 2016.

Susulan itu 603 kompaun telah dikeluarkan ke atas pihak-pihak yang terlibat manakala 1,239 nombor telefon yang tertera pada iklan-iklan haram itu telah ditamatkan perkhidmatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pihak yang menampal dan menggantung iklan haram boleh didakwa di bawah Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982 dan Undang-Undang Kecil Vandalisme (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1991. – BERNAMA

Tags: DBKLiklan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara secara berperingkat sempena Perarakan Kuil Sri Thandayuthapan...

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

22/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 23 peralatan jurugambar haram 'mobilegrapher' serta ambil tindakan terhadap penjaja air tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd