• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

30 Kes Keracunan Dari Salah Guna Ubat Dilapor Setiap Hari

oleh Ahmad Albab
05/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Sebanyak 30 kes keracunan berpunca daripada salah guna pengambilan pelbagai jenis ubatan dan racun direkodkan setiap hari di negara ini.

Ketua Pusat Usahasama Informasi Dadah bagi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Prof Rahmat Awang berkata kebanyakan kes keracunan melibatkan salah guna ubat jenis paracetamol.

Keracunan juga berlaku apabila seseorang pesakit memakan ubat berlebihan dan keadaan menjadi lebih sukar apabila pesakit tidak tahu nama dan jenis ubat yang dimakan.

“Biasanya apabila mereka mengalami keracunan mereka beritahu termakan ubat berlebihan tetapi apabila kita tanya, dia tidak boleh nak sebut nama ubat itu,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas majlis perasmian Simposium Keracunan Kebangsan 2016 di sini hari ini.

Simposium yang julung kali diadakan itu dianjurkan Persatuan Farmasi Pulau Pinang dengan kerjasama Pusat Racun Negara dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Simposium itu dengan tema Peranan Ahli Farmasi dalam Pencegahan dan Pengurusan Kejadian Keracunan, dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) Prof Datuk Dr Ahmad Shukri Mustapa Kamal.

Mengulas lanjut, Rahmat berkata kanak-kanak muncul sebagai golongan utama terdedah kepada bahaya keracunan diikuti oleh golongan dewasa dan remaja.

“Kebelakangan ini kita (Pusat Racun Negara) mengendalikan 5,000 hingga 6,000 kes keracunan setiap tahun di negara ini.

“Kes-kes keracunan ini membabitkan dua kumpulan besar iaitu kes keracunan yang disengajakan dan keracunan yang tidak disengajakan,” katanya.

Rahmat berkata kebanyakan keracunan melibatkan salah guna ubat jenis paracetamol kerana ubat tersebut mudah didapati di farmasi atau kedai serbaguna.

Dalam pengambilan paracetamol, sesetengah pesakit didapati mencampurkannya dengan bahan tambahan bagi mendapatkan kesan lebih ketara, katanya.

Terdahulu, Ahmad Shukri dalam ucapannya berkata racun dan akibat keracunan lazimnya dikaitkan dengan kecederaan dan kematian.

“Mengikut WHO, ia merupakan ancaman utama kepada kesihatan awam di peringkat global.

“Kematian dan kecederaan yang berlaku akibat keracunan sering dikaitkan dengan penggunaan sesuatu bahan terutamanya ubat-ubatan yang tidak mengikut dos yang dibenarkan serta pengendalian dan penyimpanan sesuatu bahan yang tidak mematuhi garis panduan keselamatan ditetapkan,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata tidak semua kejadian keracunan berlaku secara tidak sengaja malahan terdapat juga keracunan yang disengajakan terutama dalam cubaan bunuh di mana bahan kimia lazim digunakan untuk mendorong kematian. – BERNAMA

Tags: keracunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

20 Pelajar Keracunan Lepas Minum ‘Spirit’

20 Pelajar Keracunan Lepas Minum ‘Spirit’

09/06/2023
0

KOTA MARUDU – Seramai 20 pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Pitas dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan...

Karbon Monoksida Pembunuh Senyap

18/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Keracunan karbon monoksida boleh terjadi walaupun dalam kuantiti yang sedikit dan ia adalah punca utama kecederaan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd