• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Deklarasi Rakyat: Satu Cabaran Politik Dalam PRU Akan Datang

oleh Ahmad Albab
05/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai kumpulan lebih 50 orang memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri merupakan satu cabaran politik yang perlu dihadapi dalam pilihan raya umum akan datang.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata walaupun Dr Mahathir menjelaskan beliau tidak menyertai mana-mana parti pembangkang, namun beliau telah pergi ke pejabat PKR dan duduk sebaris bersama pemimpin pembangkang daripada PKR dan DAP.

“Tindakannya itu adalah berlawanan dengan sifat kesetiaan, hormat menghormati dan kesepaduan yang wujud dalam UMNO sejak dulu lagi.

“Daripada Perdana Menteri pertama hingga PM Najib sekarang, setiap proses pertukaran itu ada tertibnya, namun tindakan Tun Mahathir yang mengajak pembangkang (menjatuhkan Najib) sedangkan selama ini mereka dianggap musuh politik UMNO adalah sesuatu yang langsung tidak boleh diterima.

“Jika inilah gerakannya, maka kita akan berdepan dengan kumpulan yang sama dalam pilihan raya nanti namun saya yakin dengan kekuatan jentera parti UMNO serta Barisan Nasional yang ada kita mampu menghadapinya,” katanya mengulas tindakan Dr Mahathir bekerjasama dengan pembangkang dalam kempen Anti-Najib.

Terdahulu, Menteri Pendidikan itu merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata proses pelantikan Perdana Menteri adalah melalui sistem demokrasi berparlimen dan ia telah dilakukan menerusi pilihan raya umum yang sah dan ia perlu dihormati semua pihak.

“Usaha Tun Mahathir itu adalah di luar kebiasaan…pemimpin UMNO yang didapati turut menandatangani deklarasi itu boleh diambil tindakan mengikut perlembagaan parti.

“Saya sebagai pemimpin UMNO dari Kedah, tetap teguh menyokong Perdana Menteri untuk terus mentadbir negara dan bersama-sama membantu Perdana Menteri untuk meneruskan agenda pembangunan negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

14/05/2023
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah akan menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri...

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

23/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, hari ini, mengesahkan akan mempertahankan jawatan disandangnya pada Pemilihan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd