• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Politik Perak Jangan Hilang Fokus Tindakan Pembangkang

oleh Ahmad Albab
05/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Semua ahli politik di Perak diminta supaya tidak hilang fokus terhadap sebarang strategi pembangkang terutama dengan tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan pembangkang untuk menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pembangkang akan menggunakan apa sahaja helah termasuk berbaik dengan Dr Mahathir yang selama ini menjadi musuh nombor satu mereka untuk menggugat kekuatan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Menteri Besar Perak itu berkata tindakan sedemikian merupakan penjenamaan semula gerakan politik pembangkang untuk memberi imej buruk kepada parti pemerintah.

Zambry berkata ia bukan dilakukan demi kesejahteraan negara, sebaliknya dibuat akibat hilang pertimbangan disebabkan marah terhadap perdana menteri.

“Ibarat marahkan nyamuk kelambu dibakar, tindakan Dr Mahathir bukan sahaja menyasarkan Perdana Menteri, tetapi menjejaskan iklim politik dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Belia Perak di sini hari ini.

Dr Mahathir mengetuai kumpulan lebih 50 orang termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR dalam memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.

Penandatanganan lain termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.

Tegas Zambry, UMNO Perak akan menghadapi gerakan politik itu dan memastikan mandat yang diberikan rakyat kepada BN dan perdana menteri untuk menerajui pentadbiran negara terus dilaksanakan dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

“UMNO Negeri Perak bersama-sama dengan kepimpinan perdana menteri akan memastikan akujanji kepada rakyat ditunaikan dan kesejahteraan rakyat diberi keutamaan.

“Kesatuan dan perpaduan dalaman parti di Perak akan terus diperkukuh demi menjamin kerajaan yang dipilih oleh rakyat tidak terancam dengan tindakan anarkis mana-mana pihak,” katanya. – BERNAMA

Tags: Zambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

20/04/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi...

Zambry Dilantik Setiausaha Agung BN Baharu

09/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd