• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid Tahun Satu Ditemui Lemas Dalam Longkang

oleh Ahmad Albab
06/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang murid tahun satu ditemui lemas selepas terjatuh dalam sebuah longkang di Kampung Seberang Baruh, di sini petang semalam.

Mayat Muhammad Aiman Zafran Mohammad Syuhaimie, 7, dijumpai bapanya kira-kira pukul 7.30 malam selepas melihat selipar kepunyaan anaknya terapung di dalam longkang besar tersebut.

Menurut ibunya Zaleha Ishak, 34, anak lelaki tunggalnya itu keluar rumah kira-kira pukul 6 petang untuk ke lokasi ayahnya memasang khemah di kampung tersebut dengan menunggang basikal.

Katanya sehingga waktu maghrib, anak sulung daripada dua beradik itu masih tidak pulang ke rumah seperti lazimnya.

“Sebelum keluar dia ada memaklumkan untuk pergi ke tempat ayahnya memasang khemah di kampung itu namun selepas sejam masih tidak pulang.

“Bimbang dengan situasi itu saya menghubungi suami dan memaklumkan anak masih tidak pulang walaupun sudah maghrib dan suami mencari di kawasan sekitar,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Jelas beliau, suaminya Muhammad Syuhaime Mohd Ariffin, 32, mengesan basikal anak mereka berhampiran longkang tersebut sebelum penduduk memaklumkan ada budak terjatuh dan sebaik menghampiri longkang tersebut suaminya mengesan selipar anaknya terapung sebelum menemui mangsa.

Sementara itu, seorang penduduk kampung Nurshefil Azhar, 42, berkata sebelum itu anaknya ada menegur mangsa supaya tidak duduk berhampiran longkang tersebut namun mangsa hanya mendiamkan diri.

“Sebaik pulang ke rumah dia (anak) menceritakan kepada saya dan dia meminta izin untuk pergi ke lokasi itu sekali lagi dan melihat hanya basikal mangsa yang ada. Tidak lama selepas itu saya melihat bapa mangsa bersama penduduk mencari sebelum mengesan mangsa di dalam longkang tersebut,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Supt Nik Mohd Zain Nik Omar ketika ditemui pemberita mengesahkan kejadian tersebut dan murid Sekolah Kebangsaan Losong itu dihantar ke HSNZ untuk dibedah siasat. – BERNAMA

Tags: lemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd