• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahfuz Hina Yang Di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketaksuban pemimpin PAS pro-Pakatan Harapan, Datuk Mahfuz Omar ke atas ideologi politik pakatan tersebut semakin menjadi-jadi apabila sanggup hina Majlis Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong.

Mahfuz melemparkan penghinaan ke atas Majlis Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong apabila mendakwa rakyat sudah muak dengan titah Yang di-Pertuan Agong memuji kerajaan dalam setiap kali perasmian sidang Parlimen.

“Majlis Raja-Raja perlu memastikan titah ucapan itu tidak lagi bersifat memuji kerajaan dan “Perdana Menteri Beta”. Apa yang diharapkan rakyat ialah Raja pelbagai kaum menzahirkan kekecewaan rakyat terhadap kerajaan.

“Rakyat sudah muak dengan puji memuji terhadap kerajaan serta budaya bodek dan mengampu,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang penuh biadap dalam satu kenyataan media dikeluarkan pada hari ini.

Justeru, kata Mahfuz, beliau mahu Majlis Raja-Raja mengisi Titah Perasmian Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Malaysia oleh Yang di-Pertuan Agong dengan ayat yang menghentam pihak kerajaan Barisan Nasional.

Mahfuz diketahui merupakan pemimpin PAS yang amat fanatik dengan ideologi politik anarki Pakatan Harapan namun terus kekal dalam PAS untuk menjadi duri dalam daging terhadap parti Islam tersebut. – mynewshub.cc

Tags: Mahfuz OmarMajlis Raja-RajaYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Santap Lontong Di RNR Panti, Belanja Sarapan Semua Pengunjung

Yang di-Pertuan Agong Santap Lontong Di RNR Panti, Belanja Sarapan Semua Pengunjung

05/11/2026
0

KOTA TINGGI - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa menikmati santapan pagi di Hentian Rehat dan Rawat (RNR)...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Menteri Pertahanan Di Istana Pasir Pelangi

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Menteri Pertahanan Di Istana Pasir Pelangi

02/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd