• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengetahuan Perang Gurun Beri Kelebihan Kepada Malaysia

oleh Ahmad Albab
06/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Setelah mengasah kemahiran di dalam perang hutan, Malaysia bakal dapat pengetahuan bernilai di dalam perang gurun menerusi penglibatannya dalam latihan ketenteraan di utara Arab Saudi.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ancaman keselamatan sekarang ini boleh muncul di dalam pelbagai persekitaran dan keadaan.

“Kita perlu berupaya untuk bertindak di dalam pelbagai persekitaran seperti di gurun dan bandar, kedua-duanya yang kita belum masak lagi, kata Najib kepada wartawan Malaysia pada Rabu malam, mengakhiri lawatan kerja beliau ke Arab Saudi sejak 29 Februari lepas.

Beliau berkata keupayaan angkatan tentera Malaysia tertumpu kepada perang hutan sejak beberapa tahun dahulu.

Terdahulu pada siangnya Najib melawat sekumpulan angkatan tentera Malaysia yang terlibat di dalam latihan ketenteraan “Thunder of the North” di kawasan latihan Hafar Al Batin. Ia melibatkan 20 buah negara.

Najib berkata latihan ketenteraan itu sangat berguna, kerana ia akan menyumbang kepada peningkatan saling kendali ketenteraan dalam kalangan negara Islam.

“Kita mempunyai saling kendali dalam konteks Perjanjian Pertahanan Lima Kuasa (FPDA) dan negara tertentu di ASEAN tetapi kita tidak ada kemampuan ini dalam kalangan negara Islam,” kata Perdana Menteri.

“Arab Saudi adalah sebuah negara yang penting kepada orang Islam, maka kita perlu menyokongnya dan salah satu cara ialah dengan menyertai latihan ketenteraan ini,” kata Najib.

Selain daripada sebagai satu isyarat jelas perpaduan dalam kalangan 19 negara Islam yang menyertainya dan Arab Saudi, ia juga merupakan satu platform untuk mengukuhkan perpaduan di dalam dunia Islam itu sendiri, kata beliau.

“Adalah penting untuk kita memastikan negara Islam yang bersependapat terus mengukuhkan kerjasama dalam menghadapi dan menangani sebarang ancaman kepada dunia Islam,” katanya.

Najib dijadualkan berlepas dari Arab Saudi pagi Khamis. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]DJ-bbUGuFks[/wpdevart_youtube]

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd