• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Kesihatan Gempur Premis Barang Lusuh Biak Aedes

oleh Ahmad Albab
02/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 212 daripada 859 buah premis barang lusuh yang diperiksa Kementerian Kesihatan di seluruh negara didapati memiliki tempat pembiakan nyamuk aedes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penemuan itu diperoleh melalui Ops Barang Lusuh yang dilakukan Kementerian Kesihatan sepanjang bulan lalu.

“Sebanyak 212 buah premis barang lusuh telah didapati positif dengan pembiakan larva aedes.

“Johor dan Kedah mencatatkan insiden tertinggi pembiakan larva aedes iaitu sebanyak 33 buah premis di Johor diikuti 29 buah premis di Kedah.

“Selangor mencatatkan 24 buah premis dan Pulau Pinang sebanyak 16 buah premis yang dikesan berlaku pembiakan nyamuk,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata, proses kompaun ke atas premis terbabit telah dimulakan kerana didapati membiakkan larva nyamuk aedes.

Katanya, jika kompaun itu gagal dijelaskan oleh pihak terlibat dalam tempoh ditetapkan, tindakan pendakwaan di mahkamah akan dijalankan.

“Jika sabit kesalahan di bawah subseksyen 13(1) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975, denda maksimum RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya,” katanya.

Tambah beliau, bagi kesalahan yang berulang, denda maksimum adalah RM50,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan.

“Arahan penutupan premis di bawah seksyen 8(3)(aa) APSPP 1975 telah dikeluarkan terhadap dua buah premis barang lusuh di Selangor dan Melaka yang melakukan kesalahan berulang,” katanya lagi. – mynewshub.cc

Tags: KKMnyamuk Aedes
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd