• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Teroka Peluang Baharu Di Arab Saudi – Najib

oleh Ahmad Albab
02/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEDDAH – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia mencari lebih banyak peluang perniagaan dan pelaburan di Arab Saudi yang mampu membantu melonjakkan pertumbuhan ekonominya.

Perdana Menteri berkata Malaysia telah membangunkan kekuatan tersendiri seperti pengurusan lapangan terbang, rawatan kesihatan, pengeluaran tenaga dan perumahan awam, yang boleh memberi manfaat kepada Arab Saudi dan negara lain.

“Kami perlu keluar dan meneroka peluang baharu yang mampu melonjakkan pertumbuhan ekonomi kami.

“Berikutan kejatuhan harga minyak, kami perlu memperkenalkan kepelbagaian strategi ekonomi,” katanya kepada media Malaysia selepas menyampaikan ucaptama di Forum Ekonomi Jeddah (JEF) 2016 di sini malam tadi.

Merujuk kepada JEF, Najib, yang dalam rangka lawatan kerja ke Arab Saudi, berkata adalah penting untuk Malaysia terlibat dalam acara seperti itu kerana ia mampu melonjakkan profil Malaysia dari segi keupayaan mengendalikan projek atau kemudahan utama.

“Ia mampu dijadikan platform untuk mempamerkan kejayaan Malaysia serta dasar yang menjayakannya,” kata Najib sambil menambah dengan menonjolkannya, ia dapat membantu mempengaruhi keputusan pemberian kontrak yang boleh memihak kepada Malaysia.

Beliau mengambil contoh Prasarana, syarikat yang diberikan kontrak mengendali dan menyelenggarakan sistem Metro Arafah-Mina sewaktu musim haji tahun lalu.

Berbekal rekod baik Malaysia Airports Holdings Berhad, Najib berkata Malaysia juga berminat untuk mendapatkan kontrak mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah.

Dalam ucapannya, beliau menyentuh kepentingan perkongsian awam-swasta (PPP) ke arah meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam proses pembangunan.

PPP menyediakan penyampaian yang lebih baik dan cepat. Reka bentuk dan risiko pembinaan ditanggung sektor swasta, begitu juga perkara berhubung menyiapkan dan kerja semula,” katanya.

Najib berkata sehingga Disember 2015, Malaysia berjaya melaksanakan 754 projek PPP, yang membantu kerajaan menjimatkan perbelanjaan modal sejumlah RM203.45 bilion dan jumlah perbelanjaan mengurus sebanyak RM9.25 bilion.

Jumlah perolehan daripada jualan ekuiti kerajaan dan aset pula adalah RM6.5 juta.

Perdana Menteri mengesa pihak yang berminat untuk mengambil kesempatan daripada pembinaan keupayaan, program perundingan dan khidmat nasihat yang ditawarkan Malaysia.

“Saya boleh tawarkan nasihat Malaysia dengan keyakinan tinggi kerana walaupun dalam keadaan sukar yang kita semua hadapi, ekonomi kita terus menunjukkan prestasi yang baik, ” kata Najib dengan merujuk kepada laporan terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ke atas Malaysia.

Najib berkata kerajaan akan terus mengambil semua langkah yang diperlukan untuk mengukuhkan daya tahan ekonomi Malaysia supaya pelabur dan ahli perniagaan dapat diyakinkan dengan rakan kongsi yang kuat, stabil dan kukuh di Malaysia.

JEF diadakan secara tahunan sejak 1999 dan pada ketika itu telah menjadi forum strategik terkemuka Timur Tengah yang memberikan tumpuan kepada isu ekonomi dan sosial serantau dan antarabangsa. – BERNAMA

Tags: Arab SaudiNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd