• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sepasang Suami Isteri, Kanak-kanak 3 Tahun Maut Dalam Kebakaran

oleh Ahmad Albab
29/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dalam satu kebakaran di tingkat tiga sebuah rumah kedai di Lorong Bandar Baru Kota Samarahan, kira-kira 30 kilometer dari sini, tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata ketiga-tiga mayat itu ditemukan di dalam bilik tidur rumah kedai itu yang terbakar 80 peratus.

Katanya bomba menerima panggilan pada 12.23 tengah hari daripada orang awam dan tujuh anggota dari Balai Bomba Kota Samarahan bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketiga-tiga mangsa ditemui terbakar 90 peratus. Mangsa pertama seorang kakitangan Jabatan Imigresen Sarawak dikenali sebagai Saruji Arip, 42, ditemui di atas katil.

“Mayat isterinya Saidatul Farhanah Mohd Yusof, 29, pula ditemui di depan pintu, dipercayai mangsa cuba untuk membuka pintu bilik tersebut,” katanya kepada Bernama.

Selain dua mangsa itu, turut maut ialah seorang kanak-kanak Mohamad Norhaqimi Mohd Ziqri Zairi yang mayatnya ditemui di bawah katil dipercayai terjatuh, katanya.

“Identiti kanak-kanak itu masih cuba dikenal pasti bagi menentukan hubungan dengan pasangan suami isteri itu,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dilakukan sama ada semua mangsa meninggal dunia akibat kebakaran atau disebabkan perkara lain.

“Hanya bilik tidur di rumah berkenaan terbakar. Siasatan dilakukan kerana api kebakaran tidak begitu besar namun mangsa didapati gagal keluar. Sewaktu pihak bomba tiba, kebakaran sudah padam dan hanya tinggal bara api pada tilam dan beberapa tempat lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakkebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd