• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggantungan Tan Sri Muhyiddin Bukan Untuk Pecah-Belahkan Parti

oleh Ahmad Albab
27/02/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO, dibuat bukan bertujuan memecah-belahkan parti.

Sebaliknya, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah merangkap Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, ia bagi menentukan setiap anggota UMNO terikat dengan disiplin parti, biarpun apa jua jawatannya.

Kata Salleh, beliau percaya keputusan itu dibuat secara menyeluruh, antaranya selepas mempertimbangkan tugas sebenar seorang timbalan presiden, yang harus mampu membantu presiden dalam menguatkan parti.

“Tetapi, dalam hal ini, mereka (MT UMNO) berpendapat Tan Sri Muhyiddin gagal berbuat demikian. Itu sebab, mereka merasakan jawatan beliau sebagai timbalan presiden perlu digantung.

“Bagaimanapun, beliau masih boleh terus memainkan peranan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh dan anggota parti kerana ini bukannya penggantungan keahlian, ia hanya penggantungan menjalankan tugas,” katanya.

Salleh ditemui pemberita dalam majlis perasmian Kempen Keahlian dan Daftar Pengundi 2016 dan Mini Karnival Orang Muda anjuran Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di Dataran Persiaran Kluang di sini, Sabtu.

Dalam mesyuaratnya di Kuala Lumpur pada Jumaat, MT UMNO sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden parti berkuat kuasa serta-merta.

Berikutan keputusan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan menjalankan tugas timbalan presiden parti.

Salleh berkata keputusan juga harus dilakukan disebabkan dalam sesetengah isu, Muhyiddin mempunyai pendapat dan pendirian berbeza daripada parti, dan ini memungkinkan kekuatan parti terjejas.

“Prinsipnya, seorang timbalan presiden mesti dapat menjalin kerjasama erat dengan presiden dalam menghadapi masalah mendatang. Tambahan pula sekarang ini, kita menghadapi masalah ekonomi dunia dan sedar atau tidak sedar, masalah itu turut kita rasai.

“Dalam konteks sedemikian, kita harus bekerjasama agar dasar-dasar kerajaan dalam menangani permasalahan ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya.

Ditanya sama ada keputusan itu akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap UMNO, Salleh yang juga Timbalan Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah, berkata rakyat masih yakin dengan UMNO, namun parti harus bijak menangani persepsi negatif yang akan dilontarkan sesetengah pihak menerusi media sosial.

“Dahulu kita tidak memikir ini (media sosial) penting kerana menurut mentaliti, kita hendak guna cara konvensional iaitu perjumpaan dan pertemuan bersama rakyat.

“Tetapi, sebenarnya, ada lagi perkara lain yang perlu kita tangani iaitu media sosial. Kita tidak boleh membiarkannya, sebab itu kita kena melibatkan diri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Salleh Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Keruak Tenang, Akur Keputusan PRU14

11/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai sesuatu ‘yang...

Berita Palsu: Salleh Bidas Sandiwara Pembangkang

04/02/2018
0

INI fakta…soal penyebaran berita palsu ini bukan hanya merisaukan mereka daripada parti pemerintah tetapi juga mereka daripada parti pembangkang. Lihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd