• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jubah Abang ‘Sado’ Dikritik Netizen Di Media Sosial

oleh AK-47
27/02/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK beberapa tahun ini, fesyen baju tradisional lelaki mula bawa angin perubahan apabila pelbagai elemen moden mula diterapkan dalam tatacara bergaya mengikut cita rasa golongan muda.

Daripada tradisi baju Melayu dan kain samping, trend pakaian tradisional golongan lelaki moden pada masa kini tampil dalam versi jubah, kurta dan banyak lagi dengan variasi warna atau corak yang pelbagai.

Maka ada di kalangan pereka fesyen tempatan yang terlebih berani cuba membuat kelainan dengan menampilkan koleksi pakaian ala tradisional ini kepada elemen ‘hipster‘ sehingga boleh mengudang kritikan orang ramai.

Baru-baru ini, netizen tempatan dikejutkan dengan pelancaran ‘Jubah Pahlawan’ oleh Farbel Exclusive yang dikatakan direka kononnya mengikut ‘trend’ fesyen terkini.

Koleksi pakaian unik tersebut dikongsi oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Rizal Hakimm menerusi kiriman posting yang dimuat naik pagi Jumaat.

jubah5

Pengenalan ‘Jubah Pahlawan’ itu dibuat dengan menampilkan beberapa jejaka-jejaka yang gagah berbadan tegap atau lebih dikenali dengan panggilan ‘abang sado’.

Rekaan moden inspirasi dari Jepun itu dilancarkan dengan aneka warna, antaranya ialah merah jambu, biru dan kuning.

jubah

Susulan itu, pelbagai reaksi membanjiri media sosial berkenaan koleksi pakaian tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial mengkritik rekaan jubah tersebut dengan menyifatkan ia kelihatan cukup pelik melampau.

Antara komen yang ditujukan ialah jubah tersebut berkelihatan seumpama pakaian ibu bersalin atau sebagai jubah golongan wanita atau pun jubah pakar perubatan.

Paling ‘makan dalam’ adalah pandangan daripada seorang pengguna bukan Islam mengenai jubah tersebut sepertimana yang dikongsikan diruangan komen pautan gambar.

jubah6

Ada betulnya juga, hendak berfesyen tu berfesyen lah, tetapi jangan dilupa niat kita berjubah tu sebenarnya untuk apa.

Tidak ketinggalan juga gambar animasi yang dijadikan sebagai satu baha jenaka menerusi media sosial.

jubah3

Apa-apa pun, ia bergantung kepada cita rasa masing-masing. Fesyen adalah suatu yang universal dan jika anda berani mencuba, silakan!

Apa yang menjadi persoalannya, adakah ia mampu bawa satu nilai positif terhadap aspek budaya masyarakat Melayu di negara ini ataupun suntikan urbanisasi tersebut tidak lebih sekadar eksperimen yang muncul atas dasar ‘nak cuba kelainan’.

Jujurnya apa yang boleh kami rasakan ialah rekaan jubah bak ibu bersalin ini terang-terang bukan ‘taste‘ kami. -MYNEWSHUB.CCC

Tags: facebookFesyen LelakiJubah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

24/05/2024
0

Ketua pegawai eksekutif Capital A Bhd, Tony Fernandes membidas Facebook kerana membiarkan video palsu mengenainya menjadi tular. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd