GAZA- Seekor arnab betina di wilayah Palestin di sini melahirkan anak menyerupai gajah yang dipercayai berpunca daripada kecelaruan genetik.
Pemilik arnab berkenaan, Mohammed Saad Qadeeh berkata, dia terkejut melihat haiwan itu dan berkata, arnabnya sebelum ini melahirkan sembilan anak yang sihat.
“Pakar haiwan memberitahu saya, ia mungkin disebabkan oleh kecelaruan genetik.
“Ini kali pertama saya melihat kes seperti ini selepas sekian lama memelihara mamalia comel itu,†kata Mohammed Saad.
Akhbar tempatan bagaimanapun melaporkan, ia bukan kes pertama.
Tahun lalu, seekor arnab di sebuah ladang berlainan di Gaza turut melahirkan anak yang juga menyerupai gajah. – Agensi/myMetro Online

