• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ustaz Kazim Stabil Selepas Jalani Rawatan Angiogram Kedua

oleh Ahmad Albab
25/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pendakwah Datuk Mohd Kazim Elias kini berada dalam keadaan stabil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pakar KPJ di sini, selepas menjalani rawatan angiogram kedua Rabu.

Abangnya Datuk Mohd Najmuddin Elias berkata rawatan itu dilakukan susulan nasihat doktor pakar kerana saluran kedua jantung Mohd Kazim sudah 99 peratus tertutup dan saluran ketiga pula tertutup 50 peratus.

“Pada mulanya, sebagai ketua keluarga, saya tidak bersetuju rawatan itu dilakukan kerana keadaan adik saya agak kritikal kerana baru sahaja menjalani rawatan angiogram pertama di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

“Doktor pakar di HUSM memberitahu rawatan angigoram kedua boleh dibuat selepas enam minggu namun, melihatkan keadaan adik saya, doktor di sini sarankan rawatan itu dijalankan segera bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku,” katanya kepada pemberita di hospital itu Khamis.

Beliau berkata rawatan angiogram kedua itu dilakukan pada 5 petang tadi dan sejam kemudian Mohd Kazim ditempatkan di wad ICU.

Mohd Kazim dimasukkan ke HUSM selepas mengadu penat dan sakit dada ketika sedang berceramah di perkarangan bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunong, Bator, Bachok kira-kira 9.30 malam Jumaat lepas.

Sehubungan itu, Mohd Najmuddin yang juga Pegawai Penerangan Hal Ehwal Agama Islam Pejabat Menteri Besar Perak meminta mereka yang mengenali Mohd Kazim supaya tidak menziarahinya buat sementara waktu bagi membolehkannya menjalani rawatan dan pemulihan secukupnya.

“Doktor juga memaklumkan Ustaz Kazim tidak boleh membaca surat khabar kerana apabila baca, pemikirannya akan menganggu kesihatan, apatah lagi kalau kita datang untuk berbual atau bertanya menyebabkan fikirannya terganggu dan tempoh untuk sembuh akan memakan masa,” katanya.

Menurutnya Mohd Kazim mengalami masalah jantung berikutan sakit kencing manis, yang dialaminya sejak 10 tahun lepas, agak teruk selain sering meluangkan masa dengan ramai orang.

“Beliau banyak menerima udangan untuk berceramah termasuk di Singapura, Brunei, Thailand dan Australia tanpa mengira hal kesihatannya dan sumbangan yang diterimanya digunakan untuk Pusat Islam Al-Barakah yang dikendalinya.

“Tarikh dia berceramah di Sabah baru-baru ini, waktu itu adalah tarikh temu janjinya dengan doktor untuk pemeriksaan kencing manis tetapi dia tidak mahu menangguhkan program walaupun ketika itu beliau telah merasai simptom penyakit itu,” katanya.

Berikutan keadaan adiknya itu, Mohd Najmuddin berkata beliau akan menggantikan tempat Mohd Kazim buat sementara waktu.

“Saya bersetuju untuk menggantikan beliau pada program ceramah yang telah dipersetujui. Saya berhajat membantu adik saya kerana semua sagu hati dari orang ramai dan penganjur akan disumbangkan kepada Pusat Islam Al-Barakah,” katanya. – BERNAMA

Tags: ustaz kazim elias
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sihir: Individu Mohon Maaf Dengan Ustaz Kazim

21/05/2022
0

KUALA KANGSAR : Penceramah bebas, Datuk Kazim Elias berkata, seorang individu pernah datang dan memohon maaf kepadanya ketika beliau menghidap...

Ustaz Kazim Masuk Hospital

11/05/2020
0

IPOH - Pendakwah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dirujuk ke sebuah hospital swasta di sini malam tadi akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd