• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Dianugerah Penarafan 5 Bintang Untuk Kali Ketiga

oleh Ahmad Albab
15/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  dianugerahi penarafan lima bintang bagi kali ketiga atas kecemerlangan penyampaian perkhidmatannya.

Anugerah itu diberikan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) menerusi penilaian Sistem Penarafan Bintang  untuk 2013-2014.

Ini mengesahkan komitmen berterusan KWSP untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menyampaikan anugerah itu kepada KWSP pada Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2014 baru-baru ini.

KWSP pernah menerima anugerah yang sama pada 2009 dan 2011.

“KWSP sangat berbangga menerima penarafan yang berprestij ini dan diiktiraf sebagai antara agensi barisan hadapan terbaik di negara ini.

“Pencapaian ini adalah hasil dedikasi kakitangan barisan hadapan dan mereka yang bekerja keras di belakang tabir untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan dalam satu kenyataan hari ini.

“Pengiktirafan ini juga membuktikan keupayaan KWSP untuk melepasi harapan  pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan terbaik dalam kelasnya. KWSP tidak akan berpuas hati dengan pencapaian yang diperoleh dan akan terus berusaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan untuk manfaat 14 juta ahli,” katanya.

Penilaian menyeluruh dan intensif telah dijalankan oleh MAMPU berdasarkan kriteria Sistem Penarafan Bintang yang dibahagikan kepada tiga komponen – pengurusan, perkhidmatan teras dan pengurusan pelanggan.

Sistem penarafan ini diperkenal pada 2008 untuk menilai prestasi agensi-agensi sektor awam dan memberikan pengiktirafan ke atas tadbir urus yang baik serta kecemerlangan penyampaian perkhidmatan. – BERNAMA

Tags: KWSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd