ADAKAH ini merupakan trend terbaharu melanda Singapura apabila rakyat republik itu kini mula menggunakan basikal sebagai medium pengangkutan mereka ketika bersiar-siar dalam kompleks membeli-belah.
Menerusi gambar eksklusif yang diperoleh daripada laman web Stomp, dapat dilihat sepasang kekasih sedang mengayuh basikal dalam Vivo City Mall di kawasan HarbourFront, Bukit Merah di selatan Singapura.
Namun menerusi laman web itu, pasangan tersebut dipercayai merupakan pelancong luar memandangkan mereka mengeluarkan kertas seakan-akan peta untuk mencari arah kedai yang ingin ditujui.
Menurut individu yang merakam gambar ini, kebanyakan peniaga tidak menegur perbuatan pasangan itu sebaliknya hanya memerhatikan sahaja walaupun berbasikal dalam bangunan memang tidak dibenarkan. – MYNEWSHUB.CC

