SEORANG ibu mendedahkan cara bagaimana dia membuat mentega daripada susu ibu sendiri.
Michelle Cohn, 26, dari Rockville, Maryland, berkongsi gambar ciptaannya di Reddit, dan menggelarkannya sebagai ‘mentega yang di buat tanpa perlu meninggalkan rumah! Sungguh mengkagumkan!
Beliau menyifatkan rasanya kepada Mail Online sebagai ‘sangat manis dan sangat berkrim – ia benar memang terbaik!’
Michelle mempunyai anak perempuan berusia 16 bulan berkongsi idea bagaimana menghasilkan  mentega susu ibu. Idea ini tercetus semasa dia tinggal di rumah sendirian sejak anak perempuannya dilahirkan.
‘Saya perlu memastikan bahawa susu saya sentiasa ada dan mencukupi bagi setiap kali pengeluaran,” kata beliau.
‘Ketika itu, saya meletakkannya ke dalam bekas kecil dan kemudian saya teringat ketika saya berada di sebuah tapak pesta, mereka menganjurkan pertandingan membuat mentega di mana mereka meletakkan susu di dalam balang dan menggoncangnya.

‘Jadi saya tertanya-tanya jika anda boleh melakukannya dengan susu ibu. Saya merujuk resepi di dalam talian dan setelah yakin, saya mencubanya,” katanya.
Beliau berkata percubaan kali pertama, dia menggunakan kira-kira dua auns susu, dan selepas dia mengoncang kira-kira 45 minit, mentega pertama mula terbentuk. Dia kemudian mengoncang selama 15 minit dan menghasilkan sedikit mentega bersaiz kacang soya.
‘Keesokan harinya, saya meletakkan sedikit susu di dalam peti sejuk semalaman dan menambah sedikit lagi pada hari seterusnya dan terus menambah hampir lapan auns – dan saya menggoncangnya. Dalam masa dua minit, ia menghasilkan mentega,” katanya.

Michelle berkata hasilnya adalah ‘tidak jauh berbeza daripada mentega biasa.’
Seorang pengguna Reddit mendakwa telah membuat kek cawan dengan mentega susu ibu dan memberikannya kepada keluarganya. Michelle berkata beliau tidak berkongsikan makanan itu dengan orang kecuali anak perempuannya.
Menurut Michelle, dia berkongsikan gambar itu pada Reddit sekadar ingin berkongsikan sesuatu yang menarik perhatian dengan orang lain.
“Saya rasa idea orang dewasa mengambil susu atau produk susun badan hanyalah sekadar cerita, tak tahu bagaimana ingin bertindak balas kepadanya,” katanya.
Ada sesiapa nak belajar cara buat mentega sendiri di rumah, sila tonton klip ini…
:-MYNEWSHUB.CC
Oleh: KAKAK KAWASAN
