• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah: Peniaga Terlepas Tali Gantung Di Ipoh

oleh Ahmad Albab
24/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang peniaga terlepas daripada hukuman mati mandatori apabila Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepas dan membebaskannya daripada dua pertuduhan mengedar dadah tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, S.M. Komathy Suppiah membuat keputusan itu terhadap Mohd Saipol Bahri Yaakub, 36, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pendakwaan.

Dalam pertuduhan pertama Mohd Saipol didakwa mengedar 438.1 gram kanabis manakala pertuduhan kedua mendakwa dia mengedar 5.5 gram heroin dan 5.2 gram ‘monoacetylmorphines’.

Beliau didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah rumah beralamat K/P 17, Jalan Tiong, Kampung Pengkalan Pegoh, Lahat di sini, pada masa dan tarikh yang sama, pukul 4 petang, 9 Feb 2015.

Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Komathy berkata wujud pencanggahan keterangan saksi daripada pihak pendakwaan mengenai dadah itu ditemui.

“Saksi iaitu pegawai penyiasat menyatakan bahawa bungkusan plastik berisi dadah ditemui di atas lantai dapur rumah berkenaan manakala saksi lain iaitu teman wanita tertuduh menyatakan bahawa dia melihat ada seorang individu bawa bungkusan plastik dan meletaknya di dalam rumah itu,” katanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala tertuduh diwakili Ranjit Singh Sandhu dan Mohamad Hafiz Jalaludin. – BERNAMA

Tags: hukuman matikes dadah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Makkal Kural Malaysia memohon tindakan undang-undang yang paling tegas, saksama dan tanpa pilih kasih diambil terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd