• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Maut Selepas Kereta Dinaiki Bersama Keluarga Dirempuh

oleh Ahmad Albab
24/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Seorang wanita maut selepas kereta yang dinaiki bersama keluarganya dirempuh sebuah kereta lain dari arah belakang dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 102.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini, kira-kira pukul 3.50 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata, mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Lim Hui Wen , 26, yang mengalami kecederaan parah di kepala.

“Mangsa yang merupakan penumpang di tempat duduk belakang (sebelah kiri), adalah anak kepada dua lagi mangsa yang cedera iaitu bapanya Lim Sai Kim, 63, dan ibu Tan Swan Cheok, 57.

“Ayahnya yang berada di tempat duduk (sebelah kanan) penumpang belakang, dan ibunya yang berada di (tengah) tempat duduk penumpang belakang, masing masing mengalami luka pada kaki dan tangan.”

Md Zukir berkata, turut mengalami kecederaan pada kaki dan tangan ialah menantu kepada pasangan suami isteri terbabit, yang memandu kereta, Ong Chu Liang, 25, dan penumpang hadapan Um Hui Ying, 25.

“Kedua-dua kereta dari arah Butterworth menuju arah Alor Setar, pemandu kereta yang belum dapat dikenal pasti, dipercayai gagal mengawal keretanya yang dipandu laju, menyebabkan dia melanggar bahagian belakang kereta yang dinaiki lima sekeluarga itu.

“Pelanggaran menyebabkan kereta dinaiki keluarga terbabit terbabas ke kiri jalan, berpusing sebelum terbalik ke dalam longkang. Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera turut dirawat di hospital sama,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd