• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 9 Warga Asing Bersama 2,313 Kayu Bakau

oleh Ahmad Albab
23/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sembilan lelaki warga Indonesia ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti pembalakan kayu bakau secara haram di Sungai Terombol, Telaga Air, kira-kira 30 kilometer dari sini, petang semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sarawak ACP N. Kalai Chelvan berkata pihaknya turut merampas 2,313 kayu bakau bernilai RM18,000; lima perahu berserta enjin sangkut (RM16,000) dan sembilan kapak (RM100).

Menurutnya penahanan dan rampasan itu dibuat sepasukan anggota PPM diketuai ASP Wan Sazaly Wan Jaafar ketika menjalankan Op Landai di lokasi berkenaan.

“Anggota PPM telah terserempak dengan sembilan lelaki berkenaan yang sedang memunggah kayu bakau ke tebing Sungai Terombol, kira-kira pukul 5 petang semalam.

“Mereka juga disyaki menjalankan pembalakan kayu bakau secara haram dan berada di negara ini tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Semua barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sarawak Bahagian Kuching. Satu laporan polis juga dibuat di Balai Polis Batu Kawa,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Ordinan Perhutanan 2015 dan Akta Imigresen 1959/63.- BERNAMA

Tags: Pembalakanwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd