• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPS Bersedia 24 Jam Tangani Jenayah Di Sekolah

oleh Ahmad Albab
23/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Pegawai polis yang dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di sekolah di daerah ini bersedia 24 jam untuk menangani sebarang gejala negatif dan jenayah di sekolah.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata pengetua dan guru besar boleh menghubungi PPS tersebut pada bila-bila masa sekiranya diperlukan bagi menangani masalah berkaitan keselamatan di sekolah.

“Perkara itu perlu dilakukan pengetua atau guru besar agar tindakan agresif mencegah kegiatan negatif dan jenayah dalam kalangan pelajar dapat dilakukan dengan lebih berkesan sekaligus mengelakkan mereka daripada terjebak dengan jenayah lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama pengetua dan guru besar daerah ini serta penyerahan watikah pelantikan PPS di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan St. Patrick di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 164 pegawai polis dilantik menjadi PPS bagi 23 buah sekolah menengah dan 59 sekolah rendah di daerah ini.

Fadil juga berkata PPS perlu berusaha hadir pada setiap majlis perhimpunan di sekolah agar dapat mengetahui maklumat dan perkembangan semasa serta memaklumkan kepada pengetua sekiranya mereka bercuti.

“Kita mahu peranan PPS ini lebih berfungsi. Kita mahu pelajar termasuk guru bermasalah dikenal pasti untuk tindakan pencegahan dan mencari penyelesaian. Jika (PPS) perlu ke rumah pelajar, kita akan lakukan. Kita mahu mencegah jenayah dalam kalangan pelajar,” tegasnya.

Fadil berkata daerah Tawau berada di tempat kedua mencatatkan indeks jenayah tertinggi di Sabah selepas Kota Kinabalu dan daripada kes jenayah yang direkodkan itu terdapat kes dadah, pecah rumah dan curi melibatkan pelajar.

Justeru, Fadil berkata pencegahan jenayah dan dadah memerlukan kerjasama semua pihak khasnya sekolah untuk mengatasinya. – BERNAMA

Tags: Jenayahpelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd