• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafidah Jawab Tuduhan Bekas Menteri ‘Gila Talak’

oleh Ahmad Albab
25/02/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz dalam satu kenyataan secara sinis membidas kenyataan menteri yang melabelkan sesetengah bekas menteri yang mengutuk kerajaan sebagai orang ‘gila talak’.

“Mereka yang bertanya seperti saya, dianggap sebagai ‘gila talak’, antikerajaan, anti-UMNO, sedangkan separuh abad saya berkhidmat untuk UMNO, di mana ketika itu ramai pemimpin muda pada hari ini masih berada di ‘tadika’,” tulis Rafidah di laman Facebooknya, semalam.

Kata Rafidah, sejak bila tindakan menyuarakan pandangan yang berbeza dianggap sebagai anti-kerajaan.

“Hanya kawan sebenar sanggup menghulur leher bagi memberitahu perkara sebenarnya. Seseorang boleh mempunyai ramai kawan yang hanya berkata mengikut kehendak seseorang itu mahu dan lebih suka mendengar tetapi kemudian menanggung akibatnya.

“Saya tidak pernah membenarkan diri saya menjadi pak turut kepada sesiapa. Ia tercatat dalam rekod saya,” jelas bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.

Malah, Rafidah turut menggesa kerajaan menyelesaikan isu kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia, memandangkan sejak keputusan ‘flip-flop’ kerajaan berhubung isu tersebut ia terus dipolemikkan.

“Hentikan polemik dan perdebatan pengambilan (pekerja asing), masa untuk menjelaskan isu sebenar kepada rakyat,” tegasnya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan segelintir bekas menteri sebagai ‘gila talak’ selepas menuduh kerajaan sebagai ‘flip-flop‘ atau tidak tetap pendirian apabila membuat sesuatu perubahan dasar terutama selepas mendengar respon rakyat.

Meskipun Rafidah sebelum ini dilihat sering menyuarakan pandangan terhadap beberapa isu yang melanda negara, beliau bagaimanapun menyatakan dirinya tidak berminat untuk kembali aktif dalam politik, mahupun terlibat dengan kerajaan.

“Tetapi ini tidak bermakna saya, sebagai rakyat jelata, saya tidak boleh menyuarakan pendapat saya, terutamanya apabila terdapat isu-isu membabitkan kepentingan awam.

“Seperti orang lain, saya juga keliru dan tidak memahami apa yang berlaku kerana keputusan yang sering berubah-ubah,” katanya. - malaysiandigest.com

Tags: Rafidah AzizZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd