• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perang Terbuka Azmin-Guan Eng Dedah Pakatan Rapuh

oleh
25/02/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALKISAH jentera siber propembangkang dilaporkan ‘tergamam’ apabila menyaksikan Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah mengekalkan kesemua sembilan Exco di bawah pentadbirannya.

Ini termasuk tidak ‘buang’ dua anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diketahui penyokong tegar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sekali gus menyaksikan tentera maya anti-BN kehabisan modal tohmahan jahat lagi.

Lucunya, ketika leka sibuk cari kelemahan Kedah, mereka terlupa dua pemimpin negeri dikuasai pembangkang kini ‘berperang’ secara terbuka memburuk-burukkan satu sama lain mengenai sikap keras kepala sesama sendiri!

Anehnya ia asalnya isu dua ADUN PKR dipecat daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hanya kerana tidak menentang usul dibawa wakil BN pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akhir tahun lalu.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng bertindak keras konon sebagai pengajaran dan hukuman sehingga mengundang kemarahan daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR.

Untuk rekod ini bukan kali pertama Setiausaha Agung DAP itu berbuat demikian, malah ramai pemimpin PAS disingkir jawatan pentadbiran di Pulau Mutiara selain ribuan ahli parti Islam tersebut daripada anggota JKKK.

Ini logik kerana PAS bukan ahli Pakatan Harapan selepas DAP membubarkan Pakatan Rakyat tahun lalu tetapi apabila wakil PKR dikenakan tindakan sama, ia agak aneh hingga menyebabkan Azmin melenting amat marah.

Ibarat mengata dulang paku serpih, Guan Eng menempelak Azmin dan menyamakan tindakan diambil itu seperti ketika PKR memecat Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor kerana membelangkan parti sendiri.

“Apabila Khalid tidak melaksanakan keputusan dibuat parti, PKR membuangnya. DAP menghormati keputusan PKR itu. Saya percaya Azmin menegakkan prinsip tersebut. Saya harap beliau boleh faham,” tambah Guan Eng.

Beliau mengulas langkah Azmin membantah tindakan terhadap ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng dan ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen malah PKR menghantar surat kepada kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung isu itu.

Dua ADUN berkenaan ialah antara lima ADUN PKR yang mengundi tidak menentang terhadap usul dibawa wakil BN berhubung kontroversi penambakan tanah laut ketika persidangan DUN negeri itu pada November tahun lalu.

Guan Eng bahkan mendakwa pihak kerajaan negeri belum menerima surat bantahan itu sekali gus menunjukkan Azmin mungkin main ‘wayang’ demi raih publisiti sebagai juara membela nasib dua ADUN partinya yang dizalimi.

Guan Eng juga dilaporkan ‘sedikit terkejut’ apabila Azmin membangkitkan perkara sensitif itu secara umum di media massa kerana selama ini isu dalaman gabungan Pakatan Harapan hanya dibincangkan secara tertutup.

Malah menjadi tradisi untuk semua parti dalam gabungan itu tidak masuk campur dengan hal ehwal negeri yang ditadbir kononnya mereka berpegang kepada prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju dalam apa-apa masalah.

“Kita ada persefahaman yang dihormati. Pernah anda lihat saya komen mengenai perkara berkaitan negeri yang ditadbir parti Pakatan lain? Saya hanya cakap mengenai Kelantan selepas PAS keluar pakatan,” kata Guan Eng.

Mengenai sama ada beliau mungkin pertimbangkan rayuan Cheah dan Ong, Guan Eng mengesahkan Exco PKR ada membuat rayuan bagi pihak dua ADUN itu tetapi beliau mahu melihat penjelasan terhadap tindakan mereka.

“Saya difahamkan PKR mahu mereka jumpa saya tapi belum berbuat demikian. Kita tidak boleh buat cara ini. Kita tidak boleh ada sistem yang setuju dalam mesyuarat tapi buat keputusan lain di luar. Itu tikam belakang,” katanya.

Kelakarnya, tidak sampai 24 jam Azmin ‘marah’ Guan Eng, tiba-tiba Naib Presiden PKR, Tian Chua memohon maaf bagi pihak bosnya itu sehingga menimbulkan persoalan siapakah beliau boleh mendahului ketuanya sendiri.

Mungkin untuk meredakan kemelut panas antara PKR dan DAP yang menjadi viral sensasi di media sosial, Tian Chua bertindak lebih cepat daripada Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail walhal Azmin pula lebih berdiam diri.

Apakah isteri Anwar Ibrahim itu sudah hilang pengaruh sedangkan beliau ialah Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia sekali gus menyerlahkan DAP jauh amat berkuasa daripada PKR yang terhegeh-hegeh meminta ampun.

Ironi pada masa sama, Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching menunjukkan parti itu lebih tegas pertahankan tindakan Guan Eng dan cuba menyamakan pemecatan dua ADUN PKR tersebut konon senasib dengan Mukhriz.

Masalahnya beliau terlupa Mukhriz bukan pun dipecat waima dua ADUN yang diketahui totok mantan Menteri Besar itu kekal lagi dalam Exco kerajaan negeri Kedah membuktikan BN jauh berjiwa besar daripada DAP sendiri. – Mynewshub.cc/HAA

Baca: DAP Pertahan Tindakan Guan Eng Pecat 2 ADUN PKR

Juga: KM P. Pinang ‘Buang’ ADUN PKR Khianat Pakatan?

Lagi: PKR Kemuka Permohonan Maaf Kepada DAP

Tags: Azmin AliLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd